Kerajaan akan mempertimbangkan banyak cukai baharu bagi melicinkan pentadbiran negara seterusnya menstabilkan semula ekonomi Malaysia. Salah satu cukai baharu yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan ialah cukai soda.
Kenyataan ini dibuat oleh Anggota Parlimen Damansara yang juga merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan, Tony Pua. Beliau menjelaskan bahawa cukai ini sama sekali tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40).
“Saya berani sebut, cukai soda ini macam cukai atas Coca Cola. Ada dua komponen yang akan dapat dilihat daripada cukai ini”.
Pertama, ia dapat memberi sedikit hasil kepada kerajaan. Hal ini sama sekali tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40) sebab mereka tak perlu minum Coca Cola.
“Secara tidak langsung, semua rakyat Malaysia juga dapat mengamalkan kehidupan yang sihat” -Buletin TV3.
Beliau turut menjelaskan bahawa, buat masa ini kerajaan sedang mengkaji cadangan cukai baharu yang paling sesuai untuk dilaksanakan.
Kebanyakan cadangan dan kajian tentang cukai baharu adalah untuk menebus semula kekurangan RM19.4 billion dalam pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ada dakwaan yang menjelaskan bahawa kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) membelanjakan bayaran balik GST dan gagal untuk mengembalikannya kepada perniagaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Isu pembayaran balik GST ini timbul sejak minggu lalu apabila kerajaan kini (Pakatan Harapan) dengan kerajaan terdahulu masing-masing menuding jari tentang kehilangan wang tersebut.
“Kami akan memastikan cukai yang terbaik sahaja yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Kesemuanya akan diteliti sebaik mungkin”.
Disebabkan timbulnya isu ini, Menteri Kewangan, Lin Guan Eng menjelaskan bahawa kerajaan akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dalam usaha untuk melunaskan pembayaran balik GST dan berjanji akan membayarnya kepada peniaga pada tahun depan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.