Awal minggu ni, kerajaan ada mengumumkan bahawa harga gula bertapis akan turun sebanyak 10 sen per kilogram menjelang 1 September ini. Walau pun pada bulan tersebut cukai SST akan dilaksanakan, tetapi masih ada barang yang mengalami penurunan harga.

Jadi, adakah ia merupakan berita yang baik kepada sekalian rakyat di bumi Malaysia ini? Yalah, harga gula dah turun, jadi harga makanan pun mestilah akan ikut turun, kan? Logik yang mudah.

Gula adalah barangan pertama yang akan mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan SSt pada September ini. (Sumber gambar: The Vocket)

Impian anda nak tengok harga makanan turun tu mungkin takkan kesampaian. La, kan harga gula dah turun, mesti harga makanan pun akan turun.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan berkata tiada jaminan bahawa harga makanan dan minuman akan turun menjelang 1 September ni.

Kos Lain Pun Ambil Kira Juga

Kos-kos lain juga akan diambil kira bila nak menyediakan makanan. Gula tu tak banyak pun digunakan dalam menyediakan makanan atau minuman.

BACA JUGA :   Kelebihan Berniaga Produk Makanan Secara Atas Talian
Kos untuk bahan lain turut mempengaruhi harga makanan. (Sumber gambar: Lulabyspoon)

Kalau harga barangan lain akan meningkat, musthil untuk pengusaha menurunkan harga makanan yang dibuat. Harga makanan akan dinaikkan seiring dengan peningkatan harga barangan mentah lain.

Sediakan Senarai Harga Makanan di Kedai

Beliau berkata lagi, Presma akan mengeluarkan senarai harga makanan yang sepatutnya dikenakan pada makanan yang dijual di premis yang berdaftar dengan mereka. Senarai ini boleh dijadikan panduan buat pengguna untuk mengetahui harga makanan.

Harga makanan dan minuman yang akan dijual ini akan berbeza mengikut kawasan dan negeri. Harga di kawasan bandar dan kampung juga akan berbeza.

Senarai ini akan dikeluarkan mungkin selepas pelaksanaan SST pada September ini. Ini bagi melihat barangan manakah yang akan berubah dengan penambahan cukai yang akan dilaksanakan.

Senarai harga makanan akan dikeluarkan bagi memudahkan pelanggan untuk mengetahui harga makana di premis (Sumber gambar: FoodAdvisor)

Selepas perubahan tampuk pemerintahan Malaysia kepada pihak Pakatan Harapan pada Mei lalu, antara perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang adalah mengubah bentuk cukai. Sebelum ini negara bergantung kepada GST sebelum akan diubah kepada SST, September ini.

BACA JUGA :   Safer Food Meluaskan Legasi Makanan Ke Seluruh Negara

Pelaksanaan SST ini dijangkakan akan menyebabkan perubahan pasaran terutama daripada segi harga barang kerana penambahan kos.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaranJUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.

Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang diperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?

Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here