Untuk sebuah percutian, anda telah membuat pelbagai persiapan. Penginapan, pakaian secukupnya, duit belanja, dan lain-lain. Tetapi mungkin anda boleh tambahkan satu lagi keperluan yang maha penting iaituย Kitย Pertolongan Cemas.

Peti kecemasan yang patut dimiliki oleh semua orang. (Sumber gambar: Gauke)

Ya, kit pertolongan cemas yang mengandungi ubat-ubatan dan peralatan merawat asas yang boleh membantu anda menghadapi situasi kecemasan. Yalah, orang kata; nak sakit tu tak kira masa. Bila-bila masa pun boleh sakit.

Kenapa pentingnya kit kecemasan ni? Baiklah, bayangkan anda sedang bercuti di sebuah pulau peranginan terkenal yang terletak agak terpencil. Tiba-tiba anda jatuh sakit, pada waktu malam pula tu. Kedai semestinya sudah ditutup.

Jadi, sekiranya anda sudah bersedia dengan peti kecemasan yang lengkap dengan ubat-ubatan asas, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan sakit sementara menunggu untuk pulang ke tanah besar.

Anak kecil yang mengadu sakit dalam perjalanan boleh merosakkan mood percutian anda. (Sumber gambar: Douglas Cuddle Toys)

Atau pun, bayangkan ketika anda berada di dalam kereta dan sedang pulang ke kampung bersama keluarga. Tiba-tiba anak anda mengadu tidak sihat, badannya semakin panas. Hendak ke klinik, anda terperangkap dalam kesesakan.

Kalau anda ada menyimpan kit kecemasan dalam kereta anda, anda sudah tak perlu risau dengan masalah sebegini.

Jadi, penting kan peranan kit kecemasan ni? Kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa amaran awal.

Apa yang perlu ada dalam kit kecemasan ni?

Sebagai asasnya, keperluan-keperluan ini perlu ada dalam kit kecemasan anda:

#1. Panadol (Paracetamol)

Panadol selalu digunakan untuk mengurangkan panas badan. (Sumber gambar: Lelong)

Ubat ini merupakan ubat yang paling kerap digunakan untuk segala macam sakit. Paracetamol atau lebih dikenali dengan nama panggilan Panadol ini merupakan analgesic ataupun penahan sakit.

BACA JUGA :   6 Fakta Menarik Tentang Negara Poland

Biasanya, paracetamol ini digunakan untuk mengubati demam kerana ia boleh mengurangkan panas badan. Ubat ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit dan pening kepada dan sebagai ubat penahan sakit sekiranya anda mengalami terseliuh.

Untuk kanak-kanak, terdapat sirap paracetamol tetapi ada sukatan tertentu yang perlu dipatuhi sekiranya mahu diberikan kepada kanak-kanak.

#2. Voren. Voltaren (Diclofenac Sodium)

Voren adalah ubat penahan sakit yang selalu digunakan untuk mengurangkan sakit pada bahagian sendi. (Sumber gambar: Happy Green Store)

Vorren pula merupakan sejenis ubat penahan sakit yang lebih kuat berbanding paracetamol. Ubat ini dikenali dengan nama panggilan Vorren atau Voltaren tablet yang merupakan sejenis ubat NSAIDs (Nonsteroidal anti-inflammatory drugs).

Biasanya, ubat ni digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan di bahagia sendi seperti terseliuh, atritis, patah, tergeliat, atau luka teruk yang mengakibatkan sakit yang teruk. Untuk ini, dos yang diambil agak tinggi.

Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan simptom demam dan sakit kepala. Ia boleh dibeli di farmasi sama ada dengan perskripsi atau boleh dibeli begitu sahaja.

Walau bagaimana pun, pengambilan ubat ini haruslah dikawal kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan sekiranya diambil berlebihan dalam tempoh yang panjang.

#3. Ponstan (Mefenemic acid)

Jangan makan ponstan kalau anda menghidap gastrik! (Sumber gambar: The Pitstop)

Ubat ini juga merupakan sejenis ubat penahan sakit. Biasanya digunakan oleh golongan wanita untuk mengurangkan sakit akibat haid. Tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit.

BACA JUGA :   5 Tempat Tercantik di Dunia

Ubat ini boleh diambil bersama paracetamol untuk meningkatkan lagi kesan untuk mengurangkan sakit yang dialami.

Tetapi, ubat ini tidak boleh diambil oleh orang yang mengalami gastrik. Ini kerana ponstan akan menyebabkan kesakitan bila ia bertindak balas dengan asid perut yang melampau.

#4. Anti-histamine

Clarinase antara contoh ubat anti-histamine yang boleh digunakan untuk merawat simptom alahan, selsema, dan juga resdung. (Sumber gambar: The Pink Windbreaker)

Anti-histamine merupakan ubat antikeradangan yang boleh digunakan untuk merawat simptom alahan yang tidak serius dan juga boleh digunakan untuk merawat selsema dan juga resdung.

Ubat ini ada dijual di farmasi tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana ia merupakan ubat kawalan yang boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layariย Deenamik.comย dan like FB Pageย Deenamik.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada ย Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook :ย Stokis JRM Johor

Instagram :ย @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

ย https://www.wasap.my/60132002695ย 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here