Pengusaha kosmetik, Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida mengembangkan cabang perniagaannya apabila melancarkan produk blockchain iaitu skim duit kripto, LaVida Coin.
Hasmiza yang menceburi bidang kosmetik lebih daripada 10 tahun ini melancarkan produk mata wang kriptonya pada nilai 1 LVC(Lavida Coin) bersamaan AS$0.66 (RM2.71).
Segala urusan bagi mata wang kripto ini diuruskan oleh syarikat VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) yang mengendalikan segala pembayaran pembeli Lavida Coin ini.
Skim mata wang kripto ini diniagakan dalam mata wang Ringgit Malaysia, Dolar Amerika, Dolar Brunei, dan juga Dolar Singapura.
Apa itu blockchain?
Sebelum kita nak teruskan dengan lebih lanjut tentang Lavida Coin ni, mari kita berkenalan dengan apa tu blockchain ni? Sejenis kuih kah?
Bukan, ia bukan sejenis kuih. Blockchain merupkan satu mekanisme yang mempunyai banyak aplikasi dalam urusan seharian. Ia melibatkan satu sistem untuk merekod data antara dua pihak.
Satu interaksi antara dua pihak dikira sebagai 1 blok. Interaksi yang beruang kali akan mencipta satu hubungan antara dua pihak ni. Data yang digunakan (dalam kes ini, duit) akan turut ikut dalam transaksi ini.
Bayangkan sistem blockchain ini seperti urusan jual beli. Kita membayar terus kepada pembekal tanpa sebarang menggunakan orang tengah. Tetapi sistem seperti itu telah dijelmakan ke alam maya.
Dalam sistem konvensional, interaksi atau transaksi atas talian memerlukan orang tengah seperti Visa, Mastercard, atau Paypal. Sistem blockchain tidak memerlukan medium perantaraan pembayaran.
Nak Bina Masjid Dengan Untung Lavida Coin.
Hasmiza cuba mewujudkan sistem blockchainnya yang tersendiri dengan menggunakan Lavida Coin sebagai medium transaksi. Pelanggan yang memiliki Lavida Coin ini boleh menggunakan duit ini untuk membeli produk kosmetik keluaran perusahaan Hasmizah.
Menurut Hasmizah pada upacara pelancaran Lavida Coin ini berkata, dia ingin membina 3 projek mega dengan menggunakan keuntungan pelaburan Lavida Coin ini.
Antara visi paling besarnya adalah untuk membina masjid! Ya, masjid yang dirancang akan dibina di Perak di atas tanah seluas 25 ekar. Masjid itu merupakan sebahagian daripada bandar impiannya, Lavida Land dengan anggaran kos sebanyak RM 400 juta.
Selain daripada membina masjid, dia turut ingin membuka sebuah saluran hiburannya sendiri dengan kos sebanyak RM 1 bilion. Dia turut telah melaburkan sebanyak RM 100 juta untuk membina saluran pembayarannya tersendiri.
Ya, itulah yang cuba dicapai oleh Hasmiza Othman dengan skim mata wang kriptonya iaitu keuntungan sebanyak RM 1.5 bilion!
Lavida Coin Dan Ragu-Ragu Berpisah Tiada
Walaupun baru saja dilancarkan minggu lepas, tapi dah bermacam masalah yang dilaporkan oleh orang-orang yang telah melaburkan duit dengan membeli mata wang kripto ini.
selain itu, ada beberapa penganalisis yang mengatakan bahawa pelaburan ini adalah sangat kabur daripada segi mekanisme dan aspek keselamatannya. Ini merupakan antara kesamaran Lavida Coin yang telah disimpulkan:
#1. Sistem Blockchain Yang Kabur
Nak buat blockchain ni bukannya benda yang mudah. Kena ada sistemnya. Kena ada algoritmanya. Supaya apa yang ditransaksinya boleh direkod tanpa ada unsur keraguan. Ini kerana Hasmizah cuba mencipta sebuah pasar maya dengan menggunakan LVC sebagai medium pembayaran.
“Pasar” maya ini perlu ada undang-undangnya yang tersendiri untuk menjaga ahli-ahli yang berada di dalamnya. Tetapi Hasmizah masih tidak menetapkan sebarang peraturan atau undang-undang berkaitan ‘pasar’ maya ciptaannya.
#2. Lavida Coin Sebenarnya Token Macam Saham?
Sekali imbas, mata wang kripto Lavida Coin ni nampak macam duit atau mata wang tapi sebenarnya, ia adalah sejenis token yang dibeli oleh orang ramai.
Meh sini hendak dijelaskan, mata wang boleh digunakan untuk membuat transaksi melibatkan wang dan barang. Itu pun selagi mana mata wang itu diterima. Contoh terdekat adalah bitcoin yang boleh digunakan untuk menggantikan wang tunai.
Namun, Lavida Coin ini kalau dilihat sekali lagi, ia sebenarnya berbentuk seperti token. Kenapa pula dikatakan begitu?
Hasil jualan Lavida coin ini akan digunakan untuk membiayai 3 projek mega oleh syarikat milik Hasmiza sendiri. Mekanisme penggunaan Lavida Coin ini juga masih kabur dan tidak dapat dikenal pasti.
#3. Hasmizah Seorang Saja ke Buat Kerja?
Dalam operasi Lavida Coin ini, tiada lagi ahli lain yang disenaraikan bagi membangunkan mekanisme mata wang ini.
Jadi, sudah ada kebimbangan yang seterusnya. Apakah jaminan keselamatan pada Lavida Coin ini? Tiada badan atau organisasi lain yang bertanggungjawab atas kewujudan mata wang ni? Macam mana kalau sistem mata wang ni tiba-tiba crash? Pengkalan data dicerobohi?
Kemungkinan ini mungkin berlaku dan sepatutnya ada langkah kontigensi untuk mengatasi masalh-masalah seperti ini.
Fikirlah Berbelas-belas, Beratus-ratus Kali Sebelum Nak Melabur
Disebabkan perkara-perkara yang tidak jelas ini, Bank Negara Malaysia telah meletakkan skim mata wang kripto Lavida Coin ini dalam senarai Amaran pengguna Kewangan.
Kesamaran dalam transaksi serta beberapa perkara ini dah cukup untuk membuatkan anda untuk mengelakkan daripada melabur ke dalam skim seumpama ini. Takut nanti, anda yang menyesal selepas pelaburan anda menjadi lebur.
Unsur-unsur yang samar-samar ini juga menjadikan skim ini jatuh hukum haram. Unsur-unsur yang samar ini merupakan suatu gharar dalam transaksi.
Jadi, sekali lagi ingin diingatkan. Jauhkan diri anda daripada skim yang tidak diketahui haka tujunya dan mempunyai banyak unsur yang samar-samar. Banyak lagi pelaburan yang disahkan boleh anda ceburi selain daripada skim mengarut seperti ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaran, JUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.
Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang diperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?
Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695