Sekitar tahun 2016 kita dikejutkan dengan permainan ‘Blue Whale’ kini dunia digemparkan pula dengan kewujudan permainan Momo Challenge yang menyebabkan kanak-kanak membunuh diri.
Amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap pihak ibu bapa di seluruh negara sebagai langkah waspada terhadap permainan ini.
Momo Challenge diklasifikasikan sebagai bahaya apabila ia mendedahkan kanak-kanak terhadap individu yang tidak dikenali melalui atas talian.
Permainan ini dimulakan apabila pengguna mula memasukkan nombor kenalan dan berhubung dengan individu yang digelar ‘Momo’.
Si mangsa akan menerima mesej yang berbaur keganasan dan menghasut penerima mesej tersebut untuk melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan termasuk bunuh diri.
Penerima mesej akan dihantui dengan imej avatar yang merupakan seorang wanita dengan patung Midori Hiyashi.
Buenos Aires Times melaporkan bahawa Momo Challenge berkemugkinan besar berkait rapat dengan kes kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun yang didakwa telah membunuh diri.
Sekiranya polis memberi pengesahan terhadap kesahihan kes tersebut maka kanak-kanak perempuan tersebut diklasifikasikan sebagai orang pertama yang menjadi mangsa Momo Challenge.
Setakat ini siasatan masih sedang giat dijalankan bagi mengumpulkan bukti dan mencari motif sebenar bagi kejadian tersebut.
Dengan itu sebagai ibu bapa, anak-anak haruslah dipantau dengan rapi. Ambil tahu dengan siapa anak anda bergaul dan lakukan pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik anak anda secara berkala.
Sifat curiga itu perlu ada kerana dalam dunia serba canggih ini anak-anak terdedah dengan pelbagai ancaman dunia siber baik dari segi buli siber mahupun pornografi.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels