Pada hari kedua eksplorasi Jalan-Jalan Penang, Team Deenamik akhirnya berpeluang unutk menjejakkan kaki ke Penang War Museum di hari terakhir kami di bumi Pulau Mutiara.

Penang War Museum

Sebaik melangkah ke sini, kami merasa seperti digamit kembali ke zaman perang dunia ke-2 sewaktu Jepun menjejakkan kaki ke Pulau Pinang.

Nilai kesan sejarah jelas terpampang di tapak kubu yang berkeluasan hampir 8.1 hektar yang telah dibina sejak tahun 1930-an oleh pihak British.

Penang War Museum

Kawasan ini dikenali dengan nama Bukit Hantu dalam kalangan penduduk tempatan. Pada awalnya, kawasan ini dikenali sbegai kubu British sebelum bertukar sebagai kem tahanan tentera Jepun selama 3 tahun 8 bulan.

Ketika kami tiba, setiap ahli Team Deenamik telah dibekalkan dengan brosur yang mengandungi maklumat tentang sejarah awal kewujudan Penang War Museum dan peta sebagai panduan arah.

BACA JUGA :   Percutian Hujung Tahun Di Ladang Bunga Matahari Di Thailand

Penang War Museum

Antara tempat yang sempat kami kunjugi ialah Generator Room (British), Torture Chamber (Jepun), Cook House, Lock-up, Underground Water Tank, Observation Post, Canon Firing Bay, Booby Trap Zone, General Yamashita Gallow, Trench Route, Guillotine.

Penang War Museum

Sepanjang di muzium ini, anda akan merasai sendiri pengalaman kesan peperangan dua generasi pasca kemerdekaan iaitu generasi British dan generasi Jepun. Anda akan dapat menilai sendiri perbezaan dua pemerintahan ini.

Kami dapat melihat lebih dekat bagaimana situasi yang berlaku pada zaman peperangan dan kesan yang dialami oleh pihak Jepun selepas kalah perang.

Penang War Museum

Antara sejarah paling penting dalam kekalahan Jepun ialah Hukuman terhadap Jeneral Tomoyuki Yamashita yang replikanya diabadikan di sekitar kawasan Penang War Museum bagi tatapan pengunjung.

BACA JUGA :   Ini Adalah 5 Lokasi Tarikan Utama Di Kuching Untuk Anda Kunjungi

Kebanyakan struktur bangunan adalah struktur asal yang digunakan ketika perang berlangsung. Kami sempat melawat satu tapak dimana adanya jerangkap samar namun kawasan tersebut telah dipagari.

Penang War Museum

Selepas peperangan berlaku, kawasan ini menjadi terbiar hampir 60 tahun sebelum Encik Johari Shafie yang merupakan seorang alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Kerajaan Pulau Penang membagunkan kembali tapak peperangan sejarah ini sebagai muzium perang.

Penang War Museum

Usaha Encik Johari Shafie membuahkan hasil yang terbaik apabila muzium ini dinobatkan sebagai muzium paling menyeramkan di Asia Tenggara oleh pihak National Geographic.

Secara keseluruhannya, Penang War Museum adalah satu persinggahan terbaik bagi anda menambahkan lagi pengetahuan sejarah dan pada masa yang sama memupuk rasa cinta terhadap tanah air.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here