Jolokan ‘Syurga Makanan’ bagi Pulau Pinang semestinya bukan sahaja ditujukan untuk nasi kandar, pasembor, laksa cendol atau makanan laut sahaja.

Pulau Mutiara ini juga tidak kurang hebatnya dalam menyajikan makanan western.

rockstarz
Pulau Pinang dikenali sebagai ‘syurga makanan’.

Hari terakhir Team Deenamik di Pulau Pinang menjadi sesuatu yang tidak menghampakan apabila sempat juga kami menjamu selera di Rockstarz Burger, Bayan Lepas.

Disebabkan banyak sumber yang mengatakan bahawa sajian burger di restoran ini luar biasa dan tidak sama dengan burger-burger lain, kami mengambil keputusan untuk menjadikan Rockstarz Burger sebagai salah satu restoran pilihan sepanjang berada di Pulau Pinang.

rockstarz
Kawasan hadapan restoran. Sumber foto: http://www.nazrulakram.com

Seperti yang dijanjikan, Team Deenamik tiba di Rockstarz lebih kurang jam 6.30 petang. Kehadiran kami disambut baik oleh staf dan kru restoran.

Sampai sahaja di hadapan kaunter, ilustrasi burger enak yang terpampang pada menu membuatkan kami bingung untuk memilih menu masing-masing. Maklumlah, masing-masing dah terliur walaupun hanya dengan tengok gambar sahaja.

rockstarz
Pilihan menu di Rockstarz Burger.

Setiap seorang daripada kami memilih menu burger yang berbeza agar semua dapat merasai keenakan setiap burger yang berbeza.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini mengamalkan konsep layan diri. Anda harus pergi sendiri ke kaunter untuk memesan makanan.

Haaa, restoran ini juga mula beroperasi pada jam 5 petang hingga 1 pagi pada setiap hari. Waktu kegemaran pilihan pengunjung adalah bermula dari waktu Maghrib hinggalah jam 12 malam.

Antara pelanggan Rockstarz Burger. Sumber foto: http://www.nazrulakram.com

Hidangan burger yang kami order sampai kurang daripada 5 minit.

BACA JUGA :   Banjir Kilat Di Pulau Pinang Selepas Hujan Selama 15 Jam

Kalau tadi tengok ilustrasi gambar pun dah sedap, apa lagi apabila burger yang sebenar dah sampai depan mata. Makin terliur lah jawabnya.

Bagi pilihan patty, anda bebas memilih daging burger pilihan anda, sama ada ayam ataupun daging lembu.

rockstarz
Lima jenis menu burger yang berbeza yang dipilih oleh Team Deenamik.

Untuk pilihan saiz dan ketinggian yang berbeza pula, anda bebas memilih slow rock (single patty), hard rock (double patty) ataupun heavy metal (triple patty).

Bagi penggemar cheese, anda disarankan untuk memilih burger The Metallicheeze.

rockstarz
The Metallicheeze

Bagi anda yang gemar akan carbonara, anda boleh menikmati carbonara dalam burger Carbonara Romance.

rockstarz
Carbonara Romance

Untuk peminat makanan pedas pula, Red Hot Curry Chilleez sangat sesuai untuk anda.

rockstarz
Red Hot Curry Chilleez

Menurut staf Rockstarz juga, antara burger yang menjadi pihan pengunjung adalah Wings dan juga Rockstarz.

rockstarz
Wings

Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Team Deenamik mula menjamu selera, ternyata apa yang diperkatakan oleh orang di luar sana bukanlah sekadar khabar angin.

Rasa dan kenikmatan burger di sini memang padu habis. Dengan cheese dan sos carbonara yang meleleh, roti yang lembut, daging burger yang diperap dengan cukup sempurna membuatkan kami berasa sangat puas hati menjamu selera di Rockstarz Burger.

Harganya juga sangat berpatutan iaitu antara RM12 hingga RM 20 ringgit untuk meal set. Sangat berbaloi!

rockstarz
Keju yang meleleh pasti akan memuaskan hati anda.

Selain burger, restoran ini juga ada menyediakan side dishes ataupun backups. Jadi, jika anda tidak mahu memesan burger, Rockstarz Burger ada menawarkan meat ball, fries, chicken nugget yang lazat sebagai hidangan untuk anda.

BACA JUGA :   Tindakan Mulia JDT Sumbangkan Wang Kemenangan Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Dapat Pujian Seluruh Rakyat Malaysia

Untuk air pula, ada air berkarbonat, Heaven & Earth Ice Lemon Tea, Milo, Hot White Coffe, Hot Teh Tarik dan juga air mineral.

Yang paling istimewa lagi, anda juga boleh refill air anda yang telah habis dengan bayaran RM0.50 sen sahaja. Berbaloi kan?

rockstarz
Sesi temubual bersama salah seorang kru Rockstarz Burger.

Selain daripada hidangkan burger yang enak, Team Deenamik juga amat berbangga dengan pencapaian Rockstarz sejak penubuhanya pada tahun 2012.

Menurut pemilik Rockstarz Burger, Saiful Irwan, gerai burger pada awalnya hanya popular di food truck kini sudah berjaya menjadi sebuah restoran pilihan pengunjung bukan sahaja bagi penduduk Pulau Pinang, tetapi juga oleh pelancong asing.

Persekitaran restoran ini juga amat bersih dan selesa.

rockstarz
Hiasan dinding restoran yang berkonsepkan hipstur dan menarik.

Jika berkunjung ke Rockstarz, anda akan perasan restoran ini mengamalkan konsep hipstur dan jangan lupa juga ya untuk bergambar di sudut terbaik restoran ini.

Oleh itu, jangan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Rockstarz Burger sekiranya anda berkunjung ke Penang.

rockstarz
Team Deenamik bersama kru Rockstarz Burger.

Untuk memudahkan anda mencari di manakah letaknya Rockstarz Burger, di sini kami berkongsikan kepada anda alamat dan juga nombor telefon pemilik restoran ini.

Rockstarz Burger ,

118, Jalan Dato Ismail Hashim,

Kampung Manggis, 11900 Sg Ara, Pulau Pinang

Tel: 019 – 5454123

Sekian sahaja dari Team Deenamik. Selamat menikmati burger yang terbaik di Pulau Pinang!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here