Kucing merupakan haiwan yang sangat manja dan comel.
Bagi pemilik kucing, kecomelan kucing anda ketika tidur semestinya membuatkan anda tidak sanggup untuk mengalihkan mereka ke tempat lain dan seterusnya membiarkan sahaja mereka tidur bersama-sama anda.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang membuatkan anda tidak digalakkan untuk membenarkan si comel tidur bersama.
#1. Menggangu tidur anda
Tujuan seseorang itu tidur adalah untuk merehatkan badan dan juga minda.
Percaya atau tidak, sekiranya anda tidur bersama si comel, tidur anda akan terganggu.
Adalah sesuatu yang normal bagi kucing ketika tidur untuk tiba-tiba bangun, berdengkur dengan kuat, bersin dan sebagainya.
Secara tidak langsung, mereka akan membuat anda kerap terjaga dari tidur.
#2. Bakteria dan kuman
Walaupun kucing anda kelihatan bersih pada mata kasar, tetapi sebenarnya banyak kuman dan bakteria yang melekat pada bulu mereka.
Lagi parah apabila mereka datang dari kotak najis lalu pergi ke katil anda.
Bakteria dan kuman daripada haiwan boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa, kulit menjadi gatal-gatal dan kemerahan serta jangkitan lain.
#3. Perangai kucing yang sukar dijangka
Walau macam mana jinak sekalipun sesuatu haiwan peliharaan itu, mereka masih lagi mempunyai perangai yang tidak dapat dijangka oleh anda.
Apabila terjaga daripada tidur yang lena, si comel secara tiba-tiba mampu menjadi kasar, tidak keruan, aktif, mencakar dan sebagainya.
Boleh jadi katil ataupun tilam anda akan mengalami kerosakan apabila mereka mengasah kuku semasa anda tidur.
Ada juga kucing yang gemar mencakar muka tuan mereka ketika tidur. Hati-hati ya.
#4. Asma atau lelah
Bulu kucing yang melekat pada cadar, sarung bantal ataupun baju anda boleh membahayakan anda yang menghidap penyakit asma ataupun lelah.
Sekiranya anda bukan penghidap penyakit ini sekalipun, ia masih lagi membahayakan kesihatan anda disebabkan oleh bulu kucing yang masuk ke dalam mulut ataupun hidung anda.
Semoga informasi di atas dapat dijadikan panduan untuk anda yang selalu tidur dengan kucing.
Jangan risau, anda masih boleh menyayangi mereka dengan cara lain selain daripada tidur bersama mereka.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels