Penjagaan rambut adalah amat penting bagi semua wanita, tak kiralah bagi wanita yang bertudung ataupun tidak.

Jika rambut tidak dijaga dengan baik dan rapi, ia semestinya akan menyebabkan kulit kepala anda berbau ataupun berasa tidak selesa.

Team Deenamik kali ini akan berkongsi beberapa tips penting untuk elak rambut berbau bagi wanita yang bertudung.

#1. Jangan terlalu kerap mencuci rambut

bertudung

Jika sebelum ini anda mencuci rambut dengan terlalu kerap ataupun setiap hari, ubah tabiat tersebut.

Hal ini kerana kepala yang kerap dicuci dengan syampu boleh merosakkan rambut.

Cuba cuci rambut anda dua hingga tiga hari sekali sahaja untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda tidak mudah rosak.

#2. Jangan ikat atau pakai tudung semasa rambut basah

bertudung

Sesetengah wanita amat gemar memakai tudung ataupun mengikat rambut semasa rambut mereka masih basah.

BACA JUGA :   Tips Elak Tudung Berbau dan Kepam

Untuk pengetahuan anda, apabila anda mengikat atau pakai tudung dalam keadaan rambut yang basah, rambut anda akan berbau hapak, berbuah dan berkelimumur.

#3. Elak pakai pengering rambut

bertudung

Bagi mencepatkan rambut anda kering sebaik sahaja dicuci, anda pasti akan menggunakan pengering rambut.

Haba dan angin daripada pengering rambut mampu merosakkan rambut dan kulit kepala dalam jangka masa yang panjang.

Cuba ubah tabiat tersebut dengan mengeringkan rambut anda menggunakan cara semulajadi dan sekiranya anda mengelap rambut dengan tuala, pastikan anda menggosok rambut anda dengan perlahan.

#4. Beri peluang agar rambut anda bebas

bertudung

Sekiranya anda tidak memakai tudung ketika di rumah, anda digalakkan untuk memberikan peluang kepada rambut anda untuk bebas.

Jangan ikat rambut anda. Biarkan ia mengurai bebas kerana hanya pada masa itu sahaja rambut anda berpeluang untuk mendapat pengaliran udara yang baik.

BACA JUGA :   Tips Elak Tudung Berbau dan Kepam

#5. Ganti anak tudung dengan kerap

bertudung

Sekiranya anda menjaga rambut dengan betul sekalipun, rambut dan kulit kepala anda tetap berbau sekiranya anda mengambil mudah terhadap anak tudung anda.

Anak tudung yang tidak ditukar dalam tempoh masa yang agak lama akan menyebabkan kulit kepala dan rambut anda berbau hapak dan tidak menyenangkan.

Kalau boleh, pilih anak tudung yang berfabrik  kapas dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat.

Wanita di luar sana boleh mencuba tip di atas agar rambut anda sentiasa bersih, wangi dan sihat walaupun betudung. Selamat mencuba!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here