Berdepan dengan detik cemas anak hampir diculik, seorang pengguna Facebook berkongsi tentang satu kejadian yang hampir menyebabkan anaknya hilang kerana diprovokasi oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Perkongsian oleh seorang wanita yang anaknya hampir diculik oleh seorang wanita yang tidak dikenali di KL Sentral.

Pengguna dengan nama Nurul Suhada II dalam satu hantaran di Facebook menceritakan detik cemas berkenaan yang terjadi di KL Sentral bermula apabila seorang perempuan Cina mula memprovok dia dan keluarga.

Cemas Tangan Anak Ditarik Oleh Wanita Yang Tidak Dikenali

Kejadian yang berlaku di bahagian ekskelator menuju ke MRT Muzium Negara, dia dihampiri oleh seorang wanita Cina yang mula bertanya tentang anak yang didukungnya. Dia yang tidak mempedulikan wanita tersebut dan terus berlalu dari situ.

Wanita Cina yang didakwa memprovok dan berniat untuk menculik seorang anak milik pemilik akaun Facebook Nurul Suhada II

Kemudian dia terus diekori oleh wanita Cina berkenaan hingga ke dia terpaksa menuju ke tempat polis bantuan. Mujur polis bantuan di situ sudi untuk membantunya daripada provokasi yang berterusan daripada wanita Cina berkenaan.

Dalam hantaran tersebut ada ditulis tentang wanita Cina tersebut yang mendakwa anak yang didukung tersebut merupakan anaknya. Dalam keadaan yang cemas sebegitu, dia terus berusaha untuk menjauhkan diri daripada wanita tersebut.

BACA JUGA :   Malaysia Bakal Kenakan Cukai Ke Atas Penggunaan Google Dan Facebook

Dah Tunjuk MyKid Tapi Tetap Kena Provok

Meskipun telah ditunjukkan myKid yang menjadi bukti anak tersebut merupakan anak kepada pemilik FB ini, wanita Cina tersebut tetap tidak mengalah dan terus memprovok dengan mengatakan bahawa anak tersebut merupakan anak kepada wanita asing itu.

Dia mendakwa, wanita cina tersebut tetap berusaha nak mengambil anaknya daripada pegangannya tapi mujur dihalang oleh polis bantuan yang ada beserta ahli keluarga yang ada sekali di situ.

Kejadian berlaku di pintu masuk MRT Muzium Negara melalui Kl Sentral. (Sumber gambar: Greater Kuala Lumpur)

Akhir sekali, dia disuruh oleh polis bantuan di situ untuk terus beredar jauh daripada situ. Dalam keadaan tergesa berlalu dari situ, dia tetap berjaga-jaga bagi memastikan dia tidak diekori oleh perempuan tadi.

Jangan Sesuka Hati Beri Anak Kecil Pada Orang Lain.

Jikalau anda ada anak kecil atau bakal ada anak kecil, hadam baik-baik nasihat ni. Jangan sesuka hati memberikan anak anda kepada orang tidak dikenali! Jangan cemas sekiranya ada orang memprovok.

BACA JUGA :   Menarik ! Air terjun boleh ubah objek jadi batu
Jaga anak anda ketika berada di luar. (Sumber gambar: The Indian Express)

Bukannya apa, kita tidak tahu apa niat sebenar orang tiba-tiba meminta nak pegang anak anda. Kemungkinan dia nak menculik adalah sangat tinggi. Sekali pun dipujuk, tetaplah pada prinsip anda.

Ketika berada di luar bersama anak kecil, berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali. Perhatikan sekelliling kepada orang yang mencurigakan. Cari polis bantuan atau pergi ke tempat yang ramai orang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Nak badan bebas toksin? Nak kuruskan badan? Nak badan kekal sihat? Colonis D’Mestica adalah produk yang sesuai untuk anda!

Dirumus khas daripada herba dan bahan-bahan berkualiti menjamin keberkesanan yang akan menberikan manfaat kepada badan anda!

Sudah ramai yang berpuas hati dengan manfaat Colonis D’Mestica ni! Anda bila lagi? Dapatkan hanya daripada Jamu Ratu Malaya melalui pautan berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here