Minggu lepas, Apple telah melancarkan model baharu iPhone bagi tahun ni dan dikatakan antara iPhone yang paling mahal dan canggih(?) yang pernah dilancarkan dengan pelbagai kemas kini dan peningkatan berbanding model sebelum ini.

Model tersebut adalah iPhone XS dan juga iPhone XS Max. Ia merupakan kemas kini daripada model tahun lepas iaitu iPhone 8. 8s dan iPhone X. Ciri-ciri fizikal bagi model ini juga mempunyai banyak perubahan, paling ketara adalah tiada lagi butang ‘Home’.

Model iPhone XS dan XS Max. Apa yang membezakan antara dua model ini hanyalah saiz yang berbeza. (Sumber gambar: Mirror)

Kalau disebut produk Apple, apa perkara pertama yang berlegar dalam kepala semua orang? Ya, betul! Harganya yang sangat sangat mahal. Seakan mahal dan Apple itu tersangatlah relevan.

Untuk sebuah telefon flagship, harga jual bagi iPhone XS bermula daripada $999 dan $1099 bagi model iPhone XS Max (tukar sendiri dalam RM). Kalau ia memasuki pasaran Malaysia, sudah tentu harganya akan menjadi lebih mahal (nak beli motor pun lepas).

Kerana terlalu mahal, ada yang sanggup mejual organ untuk membeli iPhone terbaharu. (Sumber gambar: Youtube)

Isu Teknikal Yang Tak Sudah-sudah.

Selain daripada harga yang super mahal kerana nilai ultra premium yang diuar-uarkan. Telefon iPhone ni juga sangat terkenal dengan masalah teknikal lepas ia dilancarkan dan dibeli oleh pengguna.

Beberapa pengguna melaporkan masalah dengan sambungan talian dengan menggunakan rangkaian 4G LTE. Mereka mendakwa iPhone mereka tidak boleh menggunakan rangkaian 4G dan hanya bergantung kepada sambungan 3G.

BACA JUGA :   Syarikat Apple Disaman Kerana Perlahankan Peranti Lama iPhone?
Masalah sambungan LTE dialami oleh beberapa pengguna di negara lain. (sumber gambar: Iconfinder)

Ada yang mendakwa masalah ini berpunca daripada modem pemprosesan iaitu modem Intel yang digunakan oleh iPhone model baharu ini.

Apple sudah menerim laporan tersebut dan akan cuba untuk mengatasi masalah tersebut. Mungkin akan ada update baharu lepas ni bagi mengatasi masalah ni.

Bateri Tak Cukup Power

Antara ciri yang paling dicari oleh pemilik telefon adalah bateri yang berkapasiti besar bagi menjalankan tugas seharian terutama kepada heavy user. Lagi besar kapasiti  bateri, lebih lama telefon mereka boleh beroperasi tanpa perlu dicas semula.

Di saat semua pengeluar telefon pintar meningkatkan kapasiti bateri. Apple pula masih kekal dengan kapasiti bateri yang sama.

Hasil ujian oleh Tom’s Guide, bateri iPhone XS dan XS Max ini masih agak ketinggalan berbanding model jenama lain yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

Disebabkan iPhone model ini adalah ultra premium (bak kata depa), kapasiti bateri yang lebih besar masih lagi menjadi tuntutan daripada kipas-susah-mati iPhone.

WiFi Tak Boleh Connect

Selain daripada masalah sambungan talian, ada juga pengguna yang melaporkan masalah tak boleh sambungkan iPhone mereka dengan sambungan WiFi. Sambungan WiFi bagi iPhone ini adalah 5 GHz, bermakna lebih banyak data boleh dihantar dan diterima.

BACA JUGA :   VIRAL! “USB Otak Ikan” Ciptaan Pelajar Jepun Ni Sebenarnya Adalah…

Tetapi, pengguna melaporkan iPhone mereka disambung kepada sambungan 2.4 GHz sahaja berbanding 5 GHz. Macam biasa, mungkin masalah ini akan diselesaikan oleh update baharu daripada Apple.

Model kedua-dua iPhone ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia tetapi masalah-masalah seperti ini sudah berlaku kepada pengguna daripada negara lain. Adakah ini sebuah petanda iPhone ini tidak patut dibeli?

Kongsikan pendapat anda. Kalau anda mampu, mahukah anda membeli model terbaharu iPhone ni?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here