Bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak hari ini telah menyelesaikan bayaran wang jaminan beliau yang bernilai RM3.5 juta seperti diarahkan oleh Mahkamah Sesyen pada 9.00 pagi tadi di kaunter jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Menurut sumber dari Awani, hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada 20 September yang lalu telah membebaskan Najib dengan wang jamin bernilai RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara kesnya selesai dan menetapkan 16 November nanti sebagai sebutan semula kes beliau.
Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar jaminan secara ansuran dan berjadual iaitu RM1 juta pada 21 Sepetmber lalu manakala selebihnya dibayar setiap hari yang bernilai RM500,000 sebelum atau pada 28 September (hari ini).

Pada 21 September yang lalu, Najib telah berjaya membayar wang jaminan bernilai RM1 juta kepada mahkamah yang merupakan sebahagian daripada wang jaminan yang diminta iaitu sebanyak RM3.5 juta seperti apa yang telah ditetapkan dengan dua orang penjamin serta beliau juga diarah menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam beliau.
Difahamkan bahawa bayaran bagi ikat jamin Najib pada Jumaat lalu telah dibayar oleh anak lelakinya, Mohammed Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin.
Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan terhadap beliau iaitu pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1MBD yang telah dimasukkan ke dalam akaun miliknya dan juga 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang juga melibatkan jumlah wang yang sama pada perbicaraan yang bertarikh 20 September lalu.
Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah yang telah membabitkan wang tunai berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd pada 4 Julai.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”
Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.
Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695