Filem zombi Korea yang setaraf filem Hollywood.

Jika anda pernah menonton filem epik negara yang popular dengan ramai ‘oppa-oppa’ kacak yang menjadi kegilaan para wanita di seluruh dunia ini semestinya anda tidak lupa akan filem serangan zombie di dalam tren itu bukan? Filem Train To Busan yang dibintangi pelakon hebat iaitu Gong Yoo telah berjaya mendapat kejayaan yang sangat hebat apabila menerima sambutan positif daripada ramai penonton dengan kutipan kasar, AS$99 juta (RM408 juta) dari seluruh dunia pada tahun 2016.

James Wan akan mengarahkan filem pecah panggung Train To Busan versi Amerika yang bakal menemui penonton.

Jika anda peminat filem-filem seram dari pengarah hebat berdarah Sabah ini anda harus tonton filem zombie dari negara kimchi dalam versi James Wan pula! James Wan yang juga merupakan pengarah filem seram The Conjuring dan Aquaman ini akan membuat remake semula bagi filem ini di dalam bahasa Inggeris dan akan bekerjasama bersama penulis skrip, Gary Dauberman yang merupakan penulis skrip bagi filem Annabelle, It dan The Nun.

Sudutan Train To Busan pertama.

Difahamkan bahawa pada 2016 telah diadakan bidaan bagi syarikat-syarikat penghasilan filem Hollywood untuk melakukan remake filem zombie ini dalam versi Amerika. Bidaan siapakah yang akan melakukan remake bagi filem ini telah diadakan semasa tayangan perdana Train To Busan pertama di Cannes Festival pada May,2016 dan telah menarik minat ramai syarikat termasuk Fox dan Sony. Bidaan itu turut dilakukan oleh dua syarikat pembuatan filem dari Perancis.

BACA JUGA :   Hayati Keindahan Alam Semulajadi Di Pulau Jeju.

Bidaan bagi filem Train To Busan dalam versi Amerika ini telah menjadi hak milik Gaumont Studio iaitu sebuah syarikat pembuat filem dari Perancis yang membuat filem dalam bahasa Inggeris. Gaumont Studio juga terkenal dengan drama berseries Hannibal dan Narcos.

Setakat ini tiada lagi informasi berkenaan tarikh tayangan bagi Train To Busan versi James Wan kerana difahamkan bahawa pengarah ini terlalu sibuk dengan jadualnya pada tahun ini dengan beberapa lagi pembikinan filem yang harus disiapkan manakala Train To Busan 2 versi Korea akan memulakan penggambaran mereka pada tahun 2019 nanti.

Sudutan daripada Train To Busan pertama – Virus zombi yang melanda seluruh Korea Selatan.

Train To Busan berkisahkan tentang seorang ayah lakonan Gong Yoo yang ingin menghantar anak perempunnya kepada bekas isteri untuk memenuhi permintaan sang anak pada hari jadinya. Namun, perjalanan mereka tidak seperti yang diharapkan kerana pada hari tersebut seluruh negara Korea Selatan telah dilanda satu virus zombi dan hanya Busan sahaja harapan mereka.

BACA JUGA :   Kronologi Kes Bunuh Diri Kim Jonghyun (SHINee)

Adakah filem Train To Busan versi James Wan ini dapat memenangi hati penonton? Atau mungkin sehebat filem zombi Amerika, World War Z? Adakah tajuk ‘Train To Busan’ akan ditukar? Sama-sama kita nantikan!

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here