Semalam CEO baharu bagi francais donut popular dari US, Dunkin Donuts telah mengumumkan secara rasminya bahawa akan ada perubahan dimana menurut CEO baharu Dunkin Donuts, Dave Hoffman itu dalam perancangan untuk membuat perubahan besar bagi penjenamaan dan jualan Dunkin Donuts pada masa akan datang.

Dunkin Donuts membuang perkataan ‘Donuts’ daripada nama mereka.

Dave Hoffman bercadang untuk menjenamakan semula Dunkin Donuts daripada pelbagai aspek termasuk penjenamaan nama bagi Dunkin Donuts kepada “Dunkin” sahaja. Menurut beliau, tidak akan ada lagi perkataan ‘Donuts’ selepas ini dan perubahan ini akan dilakukan secara menyeluruh pada Januari 2019.

Dunkin Donuts di Boston telah memulakan penukaran nama kepada ‘Dunkin.’

Penjenamaan ini akan juga merangkumi perubahan daripada segi menu mereka dimana mulai Januari tahun hadapan, syarikat donut terkenal ini akan lebih mefokuskan kepada penjualan kopi, ‘brekafast sandwhich’ serta makanan lain yang segar daripada ketuhar.

Penjenamaan semula yang akan memberi lebih banyak pilihan menu selain donut.

“Perubahan penjenamaan ini akan membantu syarikat untuk lebih fokus dalam pembuatan kopi yang pantas, sementara itu ia akan masih kekal dengan warna merah jambu dan orennya yang biasa dan ikonik itu,” kata syarikat itu dalam satu wawancara mengenai perubahan penjenamaan semula syarikatnya.

Barisan seleksi kopi premium Dunkin yang akan mula dijual pada Januari tahun hadapan yang akan menjadi fokus utama syarikat itu.

Tujuan mereka untuk lebih mefokuskan kepada penjualan kopi pada tahun hadapan kerana Dunkin Donuts ingin mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk membeli kopi mereka pada masa akan datang seperti Starbucks yang terus beroperasi dengan deman permintaan kopi yang sangat tinggi di Amerika Syarikat dan seluruh negara.

Walaupun tidak akan ada lagi perkataan ‘donut’ dan fokusnya lebih tertumpu kepada perkhidmatan pembuatan kopi, peminat-peminat donut daripada  jenama ini tidak perlu bersedih kerana mereka tidak akan memberhentikan penjualan donut  kerana mereka akan tetap menjualnya.

Jadi selepas ini tiada lagi “Dunkin Donuts” dan anda harus memanggil mereka dengan panggilan “Dunkin” sahaja!

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here