Sejak akhir akhir ini isu berkaitan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan manifesto kerajaan baharu Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lepas dibangkitkan berikutan dengan dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan terkini tidak mengotakan janji mereka berkenaan pinjaman PTPTN kepada peminjan-peminjam.

Pihak pembangkang mempersoalkan bahawa kerajaan PH tidak mengotakan janji mereka pada pilihan raya yang lepas dimana kerajaan PH telah mengatakan manifesto untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 kebawah sebulan tetapi sebaliknya menyuruh setiap peminjam-peminjam PTPTN untuk melangsaikan hutang mereka. Ini tidak selari dengan apa yang dijanjikan kepada peminjam PTPTN.

Bekas Perdana Menteri memuat naik satu posting di Facebook beliau semalam berkenaan isu ini dengan menyatakan ketidak puasan hati beliau kepada kerajaan PH kerana memarahi peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang.

Petikan posting daripada Najib Razak berkenaan isu PTPTN

“Peminjam-peminjam PTPTN dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan untuk tidak membayar balik pinjaman mereka. Kini mereka sering dimarah oleh Pakatan kerana tidak membayar pinjaman pula.”

BACA JUGA :   Sebab Tun M Terima Permintaan Rosmah Supaya PERMATA Dikekalkan

“Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH”

“Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji-janji mereka,” katanya.

Sebaliknya Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata dalam satu wawancara bahawa beliau menegaskan bahawa isu berkenaan PTPTN bukan sesuatu yang harus dipolitkkan dan manifesto yang dijanji harus diketepikan kerana ia berkaitan dengan amanah yang diberikan kepada peminjam-peminjam untuk melunaskan bayaran pinjaman selepas membuat pinjaman seperti apa yang telah digariskan di dalam tuntutan Islam sendiri.

“Walau apa pun manifesto yang dijanjikan tetapi jika sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pihak pembangkang semua hendak dipolitikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila sudah pinjam kenalah bayar. Kita sudah pinjam duit, kita bayar walaupun tak banyak kita bayarlah walaupun RM10 sebulan. Jika mampu bayar untuk bayar RM50 sebulan jadi bayarlah.

“Kerana di dalam ajaran Islam turut diajar bahawa kalau mati syahid pun tapi berhutang tak masuk syurga,” katanya.

BACA JUGA :   Kerajaan Langgar Manifesto? Biro Tatanegara Tak Jadi Dimansuhkan.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir yang berkata bahawa sikap tidak amanah peminjam-peminjam PTPTN untuk tidak melangsaikan hutang pengajian mereka menjadi punca utama tunggakan bayaran balik PTPTN mencecah RM36 billion. Perdana Menteri turut berkata bahawa kebanyakan peminjam-peminjam PTPTN sudah pun mempunyai pendapatan tetap tetapi masih tidak mahu menjelaskan hutang mereka.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here