Musim cuti sekolah semakin hampir. Sudah rancang percutian kali ini ? Pilih destinasi percutian anda sekarang sebelum semua sudah penuh ditempah. Kali ini kami akan senaraikan beberapa destinasi menarik agar anda dapat membuat pilihan yang tepat.

Memang sukar untuk merancang percutian yang sempurna bersama keluarga. Namun begitu, percutian bersama keluarga haruslah diteruskan agar anak-anak anda dapat mencuba sesuatu yang baru dan merasai pengalaman di tempat baru.

 

#1. PILAH KONTENASTAY 

Pilah Kontenastay merupakan kawasan penginapan yang berkonsepkan moden. Namun begitu, pengunjung boleh lagi merasa suasana kampung memanndangkan kontena disebut berada di kawasan kebun. Tempahan perlulah dibuat terlebih dahulu untuk menggelakan sebarang masalah.

Pengunjung juga dibenarkan untuk  melakukan aktiviti bersama seperti BBQ, memetic buah-buahan tempatan apabila musim berbuah. Aktiviti berbasikal juga terdapat di sana bagi membri pelung kepada pengunjung merasai suasana kampung di Kuala Pilah.

Pengunjung juga boleh layari laman web rasmi https://www.facebook.com/pilahkontenastay/ untuk ketahui lebih lanjut.

 

#2. THE DUSUN, NEGERI SEMBILAN

Buat pengunjung yang ingin lari kesibukan kota boleh berkunjung ke The Dusun. Ini salah satu destinasi yang menarik kerana  kawasan ini dikelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, The Dusun adalah lokasi yang strategik untuk anda lawati.

The Dusun. Kredit foto: diaryizzara

Bagi pengunjung yang membawa anak-anak, terdapat juga kolam di bahagian luar bilik penginapan. Ini sangat sesuai kerana pengunjung tidak perlu mengambil masa yang lama untuk pergi ke kolam mandi. The Dusun sangat mengambil berat isu privasi di mana pengginapan sangat terhad kerana pihak pengurusan mementingkan kualiti pengunjung semasa berada di The Dusun.

BACA JUGA :   3 GUA YANG HARUS DILAWATI SEKALI SEUMUR HIDUP!

Ingin ketahui lebih lanjut boleh layari laman rasmi Facebook The Dusun di https://www.facebook.com/thedusun/

 

#3. UPSIDE DOWN HOUSE

Bagaimana kalau tak nak travel jauh-jauh ? Nak jalan-jalan kawasan Kuala Lumpur (KL) sahaja. Jangan risau, di KL juga terdapat tempat menarik terletak di Jalan P.Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi bagi bagi Upside Down bermula pada seawall 9 pagi hingga 10 malam. Ini membolehkan pengunjung merancang masa yang sesuai untuk ke lokasi agar tidak sesak.

Rumah Terbalik KL. Kredit foto: explo rasa

Bagi yang melawat ke Rumah Terbalik, pihak pengurusan juga menyediakan cenderamata buat penguujung. Ini merupakan salah satu penghargaan di manapengunjung tidak pulang dengan tangan kosong.

Bagi mengetahui lebih lanjut boleh layari https://www.facebook.com/klupsidedown/ untuk sebarang maklumat tambahan.

 

#4. AVATAR SECRET GARDEN

Taman ini merupakan salah satu tempat menarik yang berada di Pulau Pinang. Kawasan ini telah di inspirasikan oleh filem Avatar di mana taman ini telah diubahsuai di mana setiap pokok dihiasi oleh lampu LED. Apabila malam tiba, pokok akan akan menjadi warna warni dengan lampu LED.

BACA JUGA :   PAS Isytihar Cuti 10 Mei Jika Berjaya Tawan Terengganu

Ini merupakan satu pengalaman yang berharga di mana pengunjung boleh mengambil gambar sebagai kenangan. Kawasan taman ini juga luas dan juga cantik pasa waktu malam. Bagi pengunjung yang tidak penah terokai keunikan Pulau Pinang, ini adalah kawasan yang menarik untuk di lawati.

Avatar Secret Garden. Kredit foto: google images

Bagi mereka yang ingin ke Tanjung Tokong boleh sekali arus ke Avatar Secret Garden dan harga masuk berharga RM 1.

Terdapat banyak lagi tempat menarik sama ada di luar atau di dalam negara. Namun begitu, rancanglah waktu percutian anda dengan baik dan berkualiti selagi anda msih bersama orang tersayang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here