Inginkan percutian yang lain daripada yang lain dan pengalaman percutian yang dekat dengan alam semula jadi? Kami cadangkan anda untuk pergi berkhemah dengan penuh gaya yang ‘glamor’ atau dipanggil ‘glamping.’

Glamping merupakan gabungan bagi perkataan ‘glamour’ dan‘camping.’ Idea glamping ini amat sesuai buat anda yang ingin pergi berkemping tetapi mahukan  ciri-ciri keselesaan yang jauh daripada gigitan nyamuk dan juga kepanasan tetapi masih mengekalkan elemen berkhemah itu. Jadi kami senaraikan kepada anda senarai tempat-tempat yang akan memberikan pengalaman glamping buat anda yang mungkin pertama kali ingin mecuba pengalaman bercuti ini.

#1. TIARASA ESCAPES, JANDA BAIK

Tiarasa Escapes merupakan kepunyaan pengarah dan penerbit terkenal bagi musikal Puteri Gunung Ledang iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina yang tidak jauh dari kesibukan bandar Kuala Lumpur iaitu di Janda Baik, Pahang.

Terdapat beberapa jenis penginapan yang anda boleh pilih iaitu penginapan di dalam khemah yang diberi nama khemah Vila Safari dan rumah pokok ‘treetop vila’ yang diambil inspirasi daripada zaman kanak-kanak Puan Sri Tiara Jacquelina sendiri. Terdapat 20 khemah Vila Safari dan lima Treetop Vila di resort ini yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Vila-vila berkemah gaya safari dan vila-vila treetop ini mempunyai bilik mandi bersambung, pancuran mandian panas, tab mandi berjemur, penyaman udara dan wifi percuma untuk setiap kediaman yang telah disesuaikan dengan tema tertentu. Selain itu terdapat juga tiga vila terkenal di Tiarasa Escapes iaitu Maui Treehouse, Tenda Lion Sands dan Tenda Marrakech yang anda boleh pilih.

Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti berpiknik di tepi sungai dengan pilihan makanan waktu petang tempatan seperti cekodok pisang, pisang goreng dan keledek goreng. Anda juga boleh melakukan ‘nature walk’ dan ‘bird watching.’ Pada belah malam pula, anda boleh mengelilingi unggun api dan juga menonton wayang pacak yang disedia.

ALAMAT : Persiaran Enderong, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

NO. TELEFON : 012-887 7777

WEBSITE : https://www.tiarasaescapes.com/

 

#2. PARALLEL AURORA CABINS, PAHANG

Anda yang cintakan kehijauan semula jadi harus dan wajib berkunjung ke sini! Anda akan dikelilingi oleh tumbuhan hijau kerana cabin ini diperbuat daripada dinding kaca yang membolehkan anda melihat permandangan hutan hijau di sekeliling cabin tersebut.

BACA JUGA :   Tiga unit sahaja?

Apa yang membuatkan ianya lebih menarik ialah setiap dek peribadi di luar dek cabin anda disediakan sebuah tab jakuzi yang bolehkan anda berendam sambil berehat melihat permandangan hutan yang sangat cantik sekali! Anda pasti akan lupa akan kesibukan di pejabat yang memenatkan.

ALAMAT : EB4 Belakang Sek Men, 26200 Sungai Lembing, Pahang.

NO. TELEFON : 013-963 8888

WEBSITE : https://timecapsuleretreat.com/#

 

#3. SAILORREST, JANDA BAIK

Sailorrest di Janda Baik ini akan memberikan anda sebuah pengalaman glamping yang baru dan menyeronokkan buat anda bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Mereka menawarkan penginapan berkhemah yang sangat selesa kerana keselesaan menjadi keutamaan resort berkonsep glamping ini.

Bagi memastikan keselesaan anda semasa berkhemah nanti, Sailorrest menyediakan tilam berkualiti tinggi dan cadar hotel yang amat selesa bagi memastikan anda menikmati malam yang indah di khemah. Jadi anda tidak perlu risau jika anda akan sakit badan jika tidur di bawah lantai khemah kerana di Sailorrest anda akan tidur di dalam khemah yang lengkap dengan katil, kipas dan lampu. Khemah ini boleh memuatkan lebih daripada 3 orang mengikut pilihan anda.

Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan ketika berada di sini dan antaranya ialah memancing, jungle trackking dan berbasikal.

Selain menawarkan penginapan di dalam khemah, resort ini turut mempunyai bilik penginapan yang lain seperti bilik ‘boat house’ yang akan membuat anda berasa seperti berada sedang bercuti sambil berlayar dengan sebuah bot di tengah-tengah air.

NO. TELEFON : 012-360 9227

ALAMAT : Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750.

WEBSITE : http://www.sailorrest.com/content/glamping

 

#4. TANJUNG INN, CHERATING

Lebih 29 tahun bertapak, Tanjung Inn menawarkan anda percutian di khemah dengan pemandangan kolam ikan berhadapan khemah anda terutamanya jelang waktu malam yang sangat cantik sekali dan semestinya anda tidak mahu lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini!

BACA JUGA :   Bekas CEO Malaysia Airlines Ini Perlu Bayar Pampasan Berjumlah 4 Bulan Gaji Kerana Tidak Patuh Syarat Letak Jawatan

Dengan harga serendah RM70 semalam sahaja tidak termasuk sarapan pagi anda boleh menginap disini. Sebuah percutian yang berbaloi dan akan memberikan pengalaman glamping terbaik buat anda yang pertama kali ingin mencuba penginapan cara glamping ini.

Tanjung Inn ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong malah turut menjadi tumpuan pelbagai jenis burung-burung yang terbang ke sana. Jika anda menginap disana, anda akan mendapat peluang melihat burung hornbill serta 48 jenis burung lain dan 20 jenis rama-rama di sana.

NO.TELEFON : 09-581 9081

ALAMAT : Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang.

WEBSITE : http://www.tanjunginn.com/rooms/tanjung-tents/tents

 

 

#5. SEKEPING SERENDAH RETREAT, SELANGOR

Sekeping Serendah Retreat ini memberikan anda pengalaman glamping versi moden dan anda tidak perlu tidur dilindungi khemah lagi kerana Sekeping Serendah ini telah memberi nafas moden bagi pengalaman glamping anda ketika berada di sini.

Sekeping Serendah Retreat merupakan sebuah penginapan yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang bertujuan untuk menghubungkan anda dan alam semula jadi.  Terdapat 10 chalet yang berdindingkan kaca dan terbuka atau ‘open-air’ yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi penginapan glamping anda.

Pelbagai kemudahan disediakan buat anda termasuklah peralatan untuk anda melakukan BBQ, ubat nyamuk, pencuci pinggan turut disediakan buat anda.

Anda harus ketahui bahawa di Serendah Retreat ini tidak mempunyai kemudahan WI-FI seperti hotel-hotel dan resort-resort yang lain dan tiada television disediakan. Jadi ia merupakan sebuah tempat penginapan yang baik sekali untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

ALAMAT : Chalet, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah, Rawang, Selangor, Malaysia 48200.

NO. TELEFON : 012- 324 6552

WEBSITE : https://www.sekeping.com/serendah/home.html

Jadi apa kata anda tukar selera untuk mencuba percutian versi glamping pula kerana ianya amat menyeronokkan dan akan memberikan anda pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan bersama keluarga, rakan-rakan atau yang tersayang. Sekali sekala kita harus melihat dan menikmati keindahan semula jadi yang Allah telah berikan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here