Sebuah jenama ais krim antarabangsa yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu Ben & Jerry’s telah mengeluarkan sebuah ais krim baru yang diberi nama ‘Pecan Resist’ berperisa coklat dengan ketulan fudge hitam dan putih, kacang walnut, kacang pecan dan badam yang dilitupi dengan fudge.

Namun disebalik nikmat kesedapan ais krim keluaran terbaru mereka itu, ada mesej mendalam dan makna tersirat yang cuba disampaikan oleh jenama ais krim antarabangsa tersebut yang anda harus ketahui.

Tujuan Ben & Jerry’s mengeluarkan ais krim Resist Pecan itu ialah sempena dengan tanda protes yang dilakukan oleh jenama itu keatas Presiden Amerika terbaru iaitu Donald Trump yang dilihat makin berani membuat sesuatu tindakan tanpa menghiraukan hak rakyat di sana. Syarikat itu berkata Pecan Resist meraikan aktivis yang menentang penindasan, amalan alam sekitar yang berbahaya dan ketidakadilan.

Pecan Resist juga merupakan nama bagi kempen Ben & Jerry’s bagi menentang pentadbiran Trump secara aman serta untuk menyokong empat organisasi NGO di Amerika iaitu ‘Color of Change’,’ Honor the Earth’, ‘Women’s March’ dan ‘Neta’ yang memperjuangkan pelbagai hak yang berlainan.

Color of Change memperjuangkan hak ketidak adilan kaum, Honor the Earth berfungsi sebagai memberikan kesedaran dan sokongan untuk isu-isu alam sekitar, Women’s March memperjuangkan hak memanfaatkan kuasa politik wanita dan Neta pula menyuarakan keperluan penduduk sempadan di sepanjang sempadan Texas-Mexico.

Ben & Jerry’s juga akan memberikan $25,000 (RM 104575) kepada keempat-empat organisasi tersebut melalui kempen anti-Trump yang dilancarkan ini.

Iklan kempen “Pecan Resist” iklan sebaik sahaja anda membuka laman web Ben & Jerry’s.

Ben & Jerry’s turut mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa,

“Tidak boleh diam dalam menghadapi dasar-dasar Presiden Trump yang menyerang dan cuba melancarkan dekad kemajuan dalam ekuiti kaum dan jantina, perubahan iklim, hak LGBTQ, dan pelarian dan hak imigran

Pint ais krim keluaran terhad ini turut mempunyai  kata-kata,

“Selamat datang ke Resistance. Bersama-sama, Pecan Resist! Kami menghormati & berdiri dengan wanita, pendatang, orang warna, & berjuta-juta aktivis dan sekutu yang berani menahan serangan Presiden terhadap nilai, kemanusiaan & persekitaran kita.”

Pint ais krim yang cantik dan mempunyai mesej yang mendalam itu telah direka oleh pelukis Bay Area and seorang aktivis yang bernama Favianna Rodriguez yang berasal dari Oakland, California.

Ini bukanlah kempen pertama politik yang pernah dilancarkan oleh Ben & Jerry’s kerana sebelum ini jenama ais krim ini juga lantang dalam menyuarakan hak dan pandangan mereka dalam sesuatu perkara dengan menggunakan ais krim mereka.

Instagram : @benandjerrys

Mereka pernah mengeluarkan perisa doh biskut cip coklat yang diberi nama ‘I Dough, I Dough’ sebagai tanda menetang perkahwinan sejenis pada tahun 2015. 2016 pula, mereka mereka perisa khas yang diberi nama “Bernie’s Yearning” sebagai penghormatan kepada calon presiden masa lalu iaitu Bernie Sanders dan tidak lama selepas itu mereka mengeluarkan ais krim berperisa mint yang dipanggil “EmpowerMint” bagi mempromosikan hak mengundi.

Pada 2016, pengasas Ben & Jerry’s iaitu Ben Cohen dan Jerry Greenfield yang juga merupakan aktivis pernah ditangkap ketika memprotes tentang pembaharuan pembiayaan kempen di Capitol A.S. di Washington.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here