Instagram mengumumkan bahawa syarikat itu akan memulakan penggunaan kepintaran system komputer atau ‘artificial intelligence’ untuk mengesan buli siber terhadap gambar-gambar yang dipost di laman sosial itu. Pengumaman ini telah dilakukan oleh pengasas terbaru syarikat laman sosial perkongsian gambar iaitu Adam Mosseri.

Pengenalan kepada ciri terbaharu ini dilakukan kerana beliau melihat peningkatan angka bagi buli siber yang berlaku melalui laman sosial Instagram itu. Ciri terbaru ini akan mula digunakan bermula minggu-minggu yang akan datang.

Mosseri yakin bahawa ciri terbaru ini akan membantu pengguna yang tidak biasa melaporkan buli siber di Instagram melalui butang ‘report.’

Pengguna Instagram boleh melaporkan kandungan yang melanggar garis panduan perkhidmatan laman sosial tetapi bagaimana pun, ciri terbaru ini akan dapat mengesan buli siber itu secara sendiri walaupun pengguna Instagram tidak melaporkan kepada Instagram.

Menurut Mosseri, butang ‘report’ yang selama ini berfungsi sebagai butang laporan terus kepada Instagram itu masih boleh digunakan oleh pengguna.

BACA JUGA :   Kenapa menahan kentut adalah sesuatu perkara yang buruk ?

Instagram juga akan menapis ruangan komen dan ia juga akan turut digunakan untuk video ‘live.’ Instagram berkata bahawa ciri penapisan komen negatif ini akan menyembunyikan komen-komen yang menyinggung perasaan pengguna Instagram dan pengguna boleh menambah penapis manual untuk menyokong algoritma.

Post yang telah ditapis itu kemudiannya akan dihantar kepada pasukan Operasi Komuniti Instagram untuk disemak semula.

Sekiranya sistem Instagram mengesan sebarang kandungan yang disyaki, ia akan secara automatik diserahkan kepada Pasukan Operasi Komuniti untuk keputusan muktamad sama ada tindakan apa-apa yang perlu diambil terhadap pelaku yang disyaki.

“Buli dalam talian adalah rumit, dan kami tahu kami mempunyai lebih banyak kerja untuk membanteras lagi membaling dan menyebarkan kebaikan di Instagram,” kata Adam Mosseri, ketua baru Instagram, dalam sebuah catatan blog.

Maddie Ziegler yang bekerjasama bersama Instagram bagi kempen terbaru mereka.

Instagram turut melancarkan sebuah kempen yang diberi nama “Kesan Kamera Kebaikan” yang menjalinkan kerjasama bersama penari, Maddie Ziegler. Mereka yang mengikuti Ziegler di laman Instagram akan secara automatiknya mempunyai kesan kamera yang di mana dalam mod selfie anda akan muncul imej hati.

BACA JUGA :   Jom Kenali Universiti Terbaik bagi pelajar lepasan STAM !

Manakala jika anda mengunakan kamera hadapan, anda akan mendapati komen-komen yang baik dalam pelbagai bahasa akan muncul. Jangan lupa untuk ‘tag’ kawan anda kerana ia juga turut membenarkan pengguna untuk ‘tag’ kawan-kawan.

Filter yang diperkenalkan sempena kempen kebaikan yang dilancarkan oleh Instagram.

“Dalam usaha menghentikan buli siber yang penting ini, kita juga harus meraikan dan meberikan inspirasi kebaikan dengan lebih lagi di Instagram,” katanya yang turut melancarkan kempen kebaikan.

Kevin Systrom, Mike Krieger dan Adam Mosseri.

Perincian mengesan buli siber ini merupakan antara langkah pertama Mosseri selepas dilantik menjadi pengasas terbaru syarikat Instagram apabila pengasas serta pengasas bersama Instagram yang asal, Kevin Systrom dan Mike Krieger meletakkan jawatan dari Instagram atas desas-desus perletakkan jawatan mereka disebabkan oleh masalah dalaman bersama pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here