Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan akhirnya akan dikebumikan semula hari ini pada jam 11 pagi tadi di lokasi sama Allahyarham mula-mula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Kubur Allahyarham Nazrin telah digali semula buat kali kedua untuk bedah siasat seperti yang diminta oleh abang mangsa iaitu Dr Malek Hassan, selepas beliau menghantar permohonan kepada pihak mahkamah untuk membuat bedah siasat kedua ke atas jasad adiknya yang ditemui mati di kediaman milik Allayarham.
Menurut sumber dari Bernama yang telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat telah mengesahkan pengebumian semula mangsa pada hari ini pada jam 11 pagi dan akan dikebumikan di lokasi yang sama.
Jenazah sepatutnya dikebumikan pada Jumaat (12 Okt) lalu bagaimana pun telah ditunda atas sebab-sebab tertentu sehingga hasil bedah siasat selesai dijalankan selepas kuburnya telah digali semula buat kali kedua pada 8 Okt dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi bedah siasat kedua.
Pada 8 Okt, untuk kali keduanya kubur Allahyarham diarahkan untuk digali semula setelah mendapat persetujuan dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang telah membenarkan pihak polis untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membantu pihak polis menjalankan bedah siasat yang telah dijalankan selama dua jam dari jam 4 petang sehingga 6 petang hari yang sama jenazah digali semula.
Penggalian semula jenazah telah dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang agam yang betul bagi menghormati jenazah dan juga keluarga Allayarham.
Allahyarham telah meninggal dunia pada 3 Ogo yang lalu apabila maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya yang pada awalnya dikatakan kebakaran berpunca daripada letupan telefon bimbitnya yang telah dicas.
Namun selepas siasatan yang dilakukan oleh bomba pada 3 Ogos yang lalu, kes kematian Allahyarham Nazrin telah dikenal pasti sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes kemudiannya membawa kepada penangkapan reman isteri Allayarham serta dua lagi anak tirinya selama tujuh hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.