Video perkahwinan merupakan sebuah kenangan buat semua pengantin yang ingin mengabadikan hari perkahwinan mereka yang merupakan sekali seumur hidup kan? Tapi macam mana pula kalau tukang edit video perkhawinan anda tu terlebih ‘kreatif’ sehingga merosakkan video perkahwinan anda? Sudahlah berhabisan beribu ringgit untuk mengupah mereka membuat video tapi hasilnya tidak seperti yang anda idamkan!
Setakat ini tak penah lagi kita lihat video perkahwinan yang pelik bukan? Tetapi lain pula yang terjadi buat pasangan Hadi dan Farah apabila pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan ini mendapati video perkahwinan mereka di ‘edit’ dengan teruk sekali shinggakan benda yang tidak sepatutnya ada di video perkahwinannya pun tak disangka ada! Bukan itu sahaja, kualiti video perkahwinan mereka juga sangat tidak baik.
Rintihan pasangan pengantin menerusi Instagram milik Farah berkenaan dengan video perkahwinan mereka telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pihak-pihak yang tampil untuk membantu secara sukarela buat pasangan pengantin dalam penghasilan semula video perkahwinan mereka.
Namun, pasangan pengantin itu dikejutkan dengan kejutan yang dilakukan oleh syarikat telefon bimbit Honor Malaysia yang menawarkan telefon bimbit pintar edisi terbaru yang masih belum dilancarkan iaitu Honor 8X secara percuma dan mereka merupakan anda individu terawal yang dapat memiliki telefon edisi terbaru Honor itu pada pelancarannya esok yang akan dilancarkan di New World Hotel, Petaling Jaya.
Honor telah meminta orang ramai untuk untuk tag pasangan pengantin itu menerusi satu posting mereka menerusi laman sosial Facebook Honor Malaysia untuk menawarkan Hadi dan Farah telefon bimbit edisi terbaru itu. Setelah dimaklumkan berkenaan penawaran dari Honor itu, Farah berasa sangat teruja dan turut meninggalkan komen keterujaannya di laman sosial Honor Malaysia.
George Zhao ZhiWei, ketua Honor Malaysia berkata pihak mereka melakukan kejutan ini bagi menggembirakan pasangan pengantin yang bersedih kerana video perkahwinan mereka yang tidak seperti apa yang diharapkan. Penawaran telefon bimbit percuma itu juga secara kebetulan berdekatan dengan tarikh lahir Hadi pada 10 Okt ini. Honor juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat pengantin lelaki itu.
“Mengikat tali perkahwinan adalah detik paling indah sekali seumur hidup untuk setiap pasangan. Kami simpati dengan nasib Hadi dan Farah selepas menonton video perkahwinan mereka.
“Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk menghiburkan mereka. Menerusi intipati honor 8X yang ‘Di Luar Batasan’, kami percaya bahawa teknologi harus dapat diakses oleh setiap orang pada zaman ini,” katanya.
Honor 8X akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Oktober ini (esok). Ia akan hadir dengan cip Kirin 710, dwi-kamera utama(20MP+2MP) serta kamera swafoto 16MP. Bagaimana pun, harga pasaran bagi telefon pintar edisi terbaru dari Honor ini masih belum diketahui.
Dikatakan bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa video ‘terlebih kreatif’ dari juruvideo itu….
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.