Jika anda pernah menonton filem animasi dari Disney iaitu Coco yang pernah berada di pawagam Nov tahun lalu, anda pasti ingat akan babak di mana watak ‘Mama Imelda’ dan ‘Enersto’ pernah menyanyikan sebuah lagu yang sangat catchy dan sedap didengari itu bukan? Jika anda suka akan lagu itu dan tertanya apakah tajuk bagi lagu yang dinyanyikan oleh watak tengkorak Mama Imelda dan Enersto itu sebenarnya berjudul “La Llorona.”

Tapi tahukah anda cerita disebalik lagu La Llorona itu?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai @amirulhanafy telah berkongsi bebenang bagi kisah disebalik lagu di filem animasi Coco itu di akaun Twitter miliknya yang telah berjaya mendapat 8,710 retweets dan 6,572 likes.

BACA JUGA :   ANUGERAH OSCAR TANPA PENGACARA PADA TAHUN INI

Di sini kami kongsikan kepada anda kisah tragis mengenai wanita yang bernama La Llorona yang merupakan cerita rakyat Mexico yang telah diceritakan sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang.

@amirulhanafy
@amirulhanafy

@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy
@amirulhanafy

Selepas The Nun dan Insidious : The Last Key menghantui anda di pawagam beberapa bulan lalu, semalam pengarah yang terkenal dengan filem francais seram iaitu James Wan telah pun mengeluarkan ‘teaser’ pertama bagi filem terbaharu karyanya iaitu ‘The Curse of La Llorona’ yang telah diadaptasikan daripada kisah rakyat Mexico ini.

‘The Curse of La Llorono’ dibintangi oleh Linda Cardellini yang membawakan watak sebagai seorang pekerja sosial pada tahun 70-an di Los Angeles yang telah diberikan peringatan oleh seorang ibu untuk sering berjaga-jaga akan tentang seorang ‘wanita penyihir.’ Dia kemudiannya mengedari bahawa anaknya sendiri telah berada dalam pemandangan roh wanita jahat itu.

BACA JUGA :   Nak sambung belajar di Universiti Al-Azhar tapi tidak tahu macam mana?

Antara pelakon lain yang terlibat termasuklah Patricia Velasquez, Raymond Cruz, Sean Patrick Thomas, Cardellini, Marisol Ramirez, Jaynee-Lynne Kinchen dan seorang pelakon baru iaitu Roman Christou.

Sumpahan La Llorona akan bertemu anda di pawagam tahun hadapan pada 19 April 2019.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here