Negara dikejutkan mengenai kes keracunan makanan baru-baru ini telah temui jalan penyelesaiannya. Berikutan mengenai isu ini, dua warga tempatan telah dilaporkan meninggal dunia. Kedua-duanya disyaki meninggal dunia kerana laksa yang dijual di tepi jalan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Sumber foto: GP Conforence

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan mengenai status terkini kes keracuanan makanan. Kes ini disyaki berpunca daripada laksa yang di jual di premis yang berada di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Berikutan itu, sebanyak 82 kes keracunan telah dicatatkan termasuk dua kematian. Pecahan daripada itu, 34 kes di Perak termasuk dua kematian, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor.

Kes keracunan makan telah meragut dua nyawa. Sumber foto: malaysia gazzete

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal yang lengkap diperolehi pada 21 Oktober 2018 (Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang), agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Dengan menggunakan kaedah ujian Pulse Field Gel Electrophoresis (PFGE), didapati bakteria tersebut berpunca dari satu sumber iaitu mi laksa yang dibeli pada 4 Oktober 2018 dari gerai terbabit. Proses pembuatan mi laksa ini dibuat sendiri oleh pengusaha kedai laksa tersebut.

BACA JUGA :   VIRAL! Aiskrim Laksa Ini Pasti Akan Menambat Selera Ekstrinsik Anda
Mi laksa yang dihasilkan oleh pengusaha premis makanan ini merupakan punca keracunan makanan. Sumber foto: masakan melayu

Salmonella enterica serovar Weltevreden adalah salah satu dari serotaip bakteria Salmonella spp. Jangkitan oleh bakteria ini boleh menyebabkan gejala seperti demam, muntah, sakit perut dan cirit-birit. Jangkitan lazimnya berlaku akibat pencemaran makanan dan air oleh bakteria ini.

Pengusaha gerai makan seharusnya mengambil kira kebersihan sekitar mengenai pengendalian makanan atau nakal berdepan dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. KKM juga akan sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan mengenai keberdihan premis dari semasa ke semasa.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here