Umur manusia dapat diukur melalui cara pemakanan mereka sendiri. Jika kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak seimbang, maka bersedialah untuk berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit di hari tua nanti.

Begitu juga dengan haiwan. Mereka mempunyai jangka hayat yang berbeza bergantung kepada spesies. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah keunikan burung helang untuk terus hidup. Jom kita kaji bersama-sama untuk tambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Helang. Namanya sendiri sudah membuktikan kegagahan spesis burung itu. Dengan sekali cengkam dan paruhnya yang tajam, helang juga mempunyai mata yang tajam apabila ia dapat mengesan mangsa walaupun dari jarak jauh.

Daya penglihatan burung helang sangat tajam. Sumber: Google images

Terdapat beberapa fakta yang menarik mengenai burung helang. Burung ini sebenarnya mampu hidup selama 70 tahun seusia dengan manusia jikalau mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun begitu, sebelum menjangkau usia ini, burung ini perlu menderita terlebih dahulu selama beberapa bulan.

Ketika umur 40 tahun, sayapnya sudah mula lebat dan sukar untuk terbang tinggi. Ia perlu mencari tempat yang tinggi dan memulakan proses “penderitaanya”. Menurut beberapa sumber, paruh helang boleh dikatakan boleh mencapai hingga ke dadanya.

Binalah keluarga yang mawaddah dan saling meningati antara satu sama lain. Sumber: siraplimau.com

Selepas berada di tempat yang tinggi, burung ini akan menghentak paruhnya pada batu mahupun objek yang keras untuk membuang paruhnya. Darah yang mengalir dan perit yang dirasai oleh burung ini perlukan ketahanan yang kuat. Bunyinya agak mengerikan namun, ini adalah proses yang perlu dilalui oleh burung helang untuk “lahir semula”.

Selepas itu, ia akan menggunakan paruhnya juga untuk mencabut bulu pada sayap yang semakin lebat serta mencabut kuku kakinya. Kitaran seperti ini harus dilakukakn untuk terus hidup.

Selepas beberapa bulan melalui proses yang memeritkan, burung helang kini mati hidup semula selepas paruh yang lama kini tumbuh yang baru dan begitu juga bulu dan kuku kakinya. Semuanya menjadi lebih “gagah dan tajam”. Bagi peringkat ini, burung helang telah bersedia untuk terbang tinggi dan mencari mangsa baru bagi meneruskan kehidupan sehingga berumur 70 tahun.

Kelailaian dunia mampu membawa umat Islam ke arah keburukan. Simber: pixabay.com

Semua ini juga bergantung kepada kesungguhan burung itu sendiri. Sekiranya burung itu mampu bertahan melalui poses “kelahiran”, maka ia mampu untuk hidup lagi 30 tahun.

Jadi apakah persamaan antara manusia dan burung helang ini ?

Burung helang sanggup menderita terlebih dahulu sebelum menikmati kehidupan yang seterusnya. Risiko yang diambil harus dijadikan contoh buat manusia umat Islam khususnya.

Manusia seharusnya mengimbangkan gaya hidup yang seimbang dan begitu juga dengan rohani. Sumber: Google images

Burung helang sendiri sanggup “berubah” namun tidak bagi manusia. Manusia pula hidup senang lenang di dunia tanpa memikirkan kehidupan akhirat. Dalam Islam juga mengajar umat Islam untuk beubah pada umur 40 tahun. Bayangkan kita hidup selama 40 tahun dan hanya melakukan perkara yang sia-sia. Namun tidak semua individu mempunayi sikap sebegitu, hanya sesetengah sahaja. Ajal, maut dan rezeki semua di “tangan” tuhan. Namun sebagai manusia, kita perlulah berubah untuk menikmati kehidupan yang baik di akhirat sana.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here