Rusia merupakan negara yang cukup dikenali di mata dunia dengan keindahan dan kecantikan tempat-tempat pelancongan yang pastinya akan membuat anda terkesima dengan keindahan semula jadi ciptaan Allah.

Rusia adalah tempat yang anda harus lawati sekali seumur hidup dan pastikan anda masukkan Rusia sebagai tempat percutian wajib pergi dalam โ€˜wishlistโ€™ anda! Rusia akan membuatkan pengalaman bercuti anda sesuatu yang akan diingati.

Bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat menarik yang indah dan hebat tetapi Rusia juga merupakan negara yang bagus untuk anda yang ingin menyambung pengajian ke luar negara terutamnya buat anda yang bercita-cita untuk menyambung pembelajaran dalam jurusan perubatan kerana di Rusia, mereka menawarkan pendidikan perubatan yang sangat bagus serta diiktiraf.

MENGAPA RUSIA MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN?

Kalau anda nak sambung belajar dalam bidang perubatan, Rusia harus dijadikan pilihan buat anda yang ingin menyambung dalam bidang perubatan.

Sebab apa? Di sana ada banyak universiti-universiti hebat dalam bidang-bidang tersebut.Ini antara senarai universiti-universiti yang boleh anda target untuk masuk. Jangan risau, universiti dalam senarai ni antara yang terbaik kat sana!

#1. KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY

Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang memegang reputasi yang sangat bagus dan disegani dalam bidang perubatan di mana mereka telah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional di seluruh dunia.

Universiti ini merupakan salah satu universiti yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia dengan lebih 1,300 pelajar Malaysia ada di universiti ni.

Universiti ini dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap seperti klinik dan makmal perubatan yang terdapat 25 buah hospital dan klinik kerajaan Rusia untuk memberi latihan dan praktikal kepada pelajar. Mereka ada menyediakan asrama berdekatan kampus, surau, makanan halal yang mudah untuk didapatkan serta berdekatan dengan pusat beli belah. Universiti ini mempunyai student union yang akan menjaga pelajar-pelajar Malaysia disana.

Anda tidak perlu ragu kerana ijazah perubatan milik universiti ini diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bukan itu sahaja, Kursk State Medical University turut menerima pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuklah Perancis, United Kingdom, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui lebih 40 negara.

Sebab lain anda harus menjadikan Kursk State Medical University sebagai tempat untuk anda menyambung pengajian ialah kerana yuran pengajian dan kos sara hidup di sana tidak terlalu tinggi berbanding universiti perubatan yang lain.

BACA JUGA :   BIDANG PERNIAGAAN ANTARABANGSA DI TAWARKAN NEGARA MANA?

PENGAMBILAN : FEBRUARI, APRIL, JUN & SEPTEMBER

#2. I.M SECHENOV MOSCOW MEDICAL ACADEMY / MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY (MSMU)

Moscow State Medical University (MSMU) merupakan universiti perubatan tertua yang telah berusia 240 tahun. Ia juga merupakan university terbesar di Rusia yang pada awalnya dikenali sebagai โ€œFirst Med.โ€ MSMU bertanggungjawab dalam melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia dan telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di Rusia.

MSMU menawarkan tiga kursus perubatan iaitu kursus persediaan selama satu tahun, kursus perubatan selama enam tahun di mana pembelajaran akan menggunakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan kursus bagi pengajian lepasan siswazah iaitu master.

Ianya terletak di Pusat Bandar raya yang mempunyai akses kemudahan yang anda inginkan seperti kemudahan seperti makmal, perpustakaan terbaik di Rusia, pusat perubatan yang mempunyai 18 buah klinik dengan pelbagai jenis bantuan perubatan serta asrama yang baru sahaja dibina. Jarak antara universiti ke Kedutaan Malaysia di Rusia hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

MSMU turut mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Pengajian Tinggi, UNESCO dan MMC sebagai universiti perubatan kedua terbaik dunia sejak tahun 1989. Kini, universiti ini berfungsi sebagai pusat utama dalam meberi latihan dan persijilan bagi menaik taraf status perubatan dan ahli farmasi di seluruh Rusia.

PENGAMBILAN : SEPTEMBER

ย 

#3. MOSCOW AVIATION INSTITUTE

Moscow Aviation Institute (MAI) adalah salah satu universiti aeroangkasa yang terkemuka di Persekutuan Rusia yang telah beroperasi dari tahun 1920-an lagi. Kini, ia merupakan antara universiti kejuruteraan yang menjadi tumpuan antarabangsa.

Sejak terbukanya universiti ini, lebih daripada 160,000 pakar telah menjadi lulusan dari MAI termasuklah ketua-ketua penyelidikan, organisasi reka bentuk aeroangkasa, ahli akademik dan ahli-ahli yang berkaitan dengan Akademi Sains USSR, Akademi Sains Rusia, angkasawan, juara Olimpik, juara dunia dalam sukan, ahli politik terkemuka, duta besar, ketua institusi perbankan.

Kira-kira terdapat lebih 22,000 pelajar di seluruh 12 fakulti, instut dan lima cawangan bagi universiti ini dengan pelbagai jenis kemudahan pelajar disediakan termasuklah 23 kafe, lapan pesawat sukan, gim,dobi, stadium, tadika, โ€˜istana budayaโ€™ dan pusat perubatan.

Terdapat 50 kelab sukan yang boleh menyertai para pelajar dan standardnya tinggi, dengan MAI mempunyai reputasi yang kuat sebagai penyedia atlet juara Olimpik, Dunia dan Eropah. Terdapat juga pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan bakat dan pameran komedi serta beberapa acara di sekitar isu kosmonotika dan aeroangkasa.

BACA JUGA :   Tawaran Bidang Perubatan Di Kursk State Medical University Sesi September 2020

Ia adalah satu-satunya universiti di dunia yang mempunyai sijil dan lesen pemaju pesawat ringan. MAI telah merancang dan membangunkan lebih daripada 20 jenis pesawat.

PENGAMBILAN : SEPTEMBER

ย 

#4. NIZHNY VOLGOGRAD UNIVERSITY

Nizhny Volgograd merupakan sebuah lagi universiti perubatan yang disegani dan terkenal. Universiti ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan, penyelidik serta doktor yang terkenal di dunia serta berpengalaman luas dalam bidang perubatan. Ianya kini diketuai oleh ahli sains Rusia terkemuka dan ahli Akademi Akademi Sains Perubatan Rusia, Profesor Vladimir I. Petrov.

Universiti ini mempunyai empat buah bangunan pendidikan, lima hospital pelbagai profil besar, Pusat Kanser, Pusat Jantung, hospital pertolongan cemas, tiga hospital penyakit berjangkit, lima hospital gigi, empat pusat fisioterapi, Pusat Tuberculosis, tiga Pusat Ortopedik yang mempunyai 7,000 pesakit. Pusat jantungย  di sini merupakan salah satu yang terbaik di Rusia.

Sukatan pelajaran pendidikan berorientasikan kepada kerja individu dengan pelajar. Kelas diadakan dalam kelompok 8 pelajar setiap guru yang mengingini perhatian pelajar individu yang membolehkan pelajar menjadi mahir dalam semua bidang.

Universiti juga telah bekerjasama dengan Persekutuan Dunia untuk Pendidikan Perubatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO, British Council, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, Perikatan Kesihatan Antarabangsa Amerika dan mengambil bahagian dalam pelbagai projek penyelidikan antarabangsa bersama.

PENGAMBILAN : SEPTEMBER

MARI BELAJAR DI RUSIA!

Walaupun tawaran yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara sangat terhad disebabkan oleh kuota yang ditetapkan oleh universiti awam, namun impian anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara kini bukan lagi mimpi kerana Daulah EduConsult Sdn Bhd akan membantu anda untuk terbang bersama impian anda bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara!

Rusia mempunyai pelbagai pilihan universiti hebat bagi bidang Perubatan dan Kejuruteraan yang anda patut jadikan pilihan bagi yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Asasi mahupun Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan dan Kejuruteraan.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara Rusia, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

https://goo.gl/z3FNon

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here