A smartphone user shows the Facebook application on his phone in the central Bosnian town of Zenica, in this photo illustration, May 2, 2013. Facebook Inc's mobile advertising revenue growth gained momentum in the first three months of the year as the social network sold more ads to users on smartphones and tablets, partially offsetting higher spending which weighed on profits. REUTERS/Dado Ruvic (BOSNIA AND HERZEGOVINA - Tags: SOCIETY SCIENCE TECHNOLOGY BUSINESS) - RTXZ81J

Jika anda mengambil keputusan untuk ‘berhenti’ bermain Facebook dan bertindak untuk membuang akaun Facebook terus tanpa memikirkannya keputusan anda tersebut, Facebook bagaimana pun memberi anda masa 30 hari untuk memikirnya jika anda benar-benar mahu membuang akaun anda selamanya.

Jika anda tidak mengetahui, apabila seseorang itu bertindak untuk membuang akaun profil Facebook mereka, Facebook bagaimanapun tidak akan terus memadam profil serta data yang berkaitan dengannya serta merta.

Sebaliknya, maklumat itu tersimpan dalam tempoh yang singkat sekiranya pengguna mengubah fikiran mereka dan mahu memulihkan profil mereka. Anda masih mendapatkan semula akaun profil anda dalam tempoh masa dua minggu sebelum ianya dibuang oleh Facebook.

Facebook mengumumkan bahawa mereka akan memanjangkan tempoh pembuangan akaun serta data individu yang ingin membuang akaun mereka daripada tempoh 14 hari kepada 30 hari.

BACA JUGA :   PENGGUNA FACEBOOK 'DIHANTUI' MESSAGE LAMA

Ini kerana Facebook mengenal pasti bahawa kebanyakan mereka yang membuang akaun profil mereka dari Facebook bertindak untuk mencuba membuka semula akaun mereka yang telah dibuang selepas 14 hari. Facebook kini memberi anda masa untuk berfikir dengan lebih panjang lagi.

Kelonggaran yang lakukan oleh Facebook ini ialah disebabkan syarikat itu mendapati ramai yang bertindak untuk membuang akaun Facebook mereka apabila Facebook sering mengalami masalah keselamatan.

Syarikat itu mencatatkan sejumlah 90 juta pengguna keluar dari akaun  untuk melindungi keselamatan akaun mereka disebabkan godaman yang terjadi kepada Facebook. Pada  minggu lalu, lebih 50 juta data pengguna Facebook telah didedahkan kepada penggodam akibat kelemahan keselamatan yang membolehkan penggodam mencerobohi data lebih 50 juta pengguna Facebook. Ramai yang tidak lagi mempercayai Facebook kerana sering terdedah kepada ancaman penggodam.

Godaman itu turut menjejaskan akaun milik pengasas Facebook itu sendiri, Mark Zuckerberg serta Ketua Pegawai Operasi Facebook iaitu Sheryl Sandberg. Cerobohan data itu turut memberi akses buat penggodam tersebut untuk mengakses akaun aplikasi lain yang digunakan oleh pengguna melalui akaun Facebook seperti Tinder, Instagram, Spotify dan Airbnb. Pencerobohan data lebih 50 juta pengguna itu merupakan sejarah kebocoran maklumat pengguna paling besar dalam Facebook.

BACA JUGA :   Menarik ! Air terjun boleh ubah objek jadi batu

Penggodam itu dapat mengakses segala maklumat profil pengguna Facebook termasuklah nama dan tarikh lahir keluarga serta kawan-kawan pengguna Facebook tersebut begitu juga dengan gambar privasi milik mereka.

Facebook setakat ini masih tidak mengetahui serta tidak mempunyai maklumat tentang penggodam tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here