Masihkah anda ingat lagi kejadian yang berkaitan dengan kucing bunting? Kucing bunting ini telah dimasukkan kedalam mesin dobi pada bulan lepas. Isu ini telah mendapat perhatian semua terutamanya pencinta kucing. Sebagai manusia, ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Namun begitu, tindakan suspek telah berjaya dirakam dan direman.

Tertuduh telah dilepaskan. Sumber foto: Astro Awani

Melalui video yang tular di media sosial, kedua-dua suspek jelas teruja dengan perbuatan mereka. Tindakan ini telah mendapat kecaman yang teruk daripada netizen. Salah seorang daripada tertuduh telah dibebaskan. Tertuduh telah dilepaskan atas tuduhan membunuh kucing bunting di sebuah mesin pengering dobi.

Tertuduh telah dibebaskan oleh Mahkhamah Seksyen Selayang di atas pertuduhan tersebut. Hakim Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap juruteknik elektrik S.S. Satthiya, 26, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.

Kucing adalah haiwan yang manja dan sepatutnya disayangi dan bukan untuk diseksa. Sumber foto: kucing comel

Hakim Rasyihah Ghazali membuat kepurusan tersebut selepas mendapat arahan daripada pihak pendakwaan veterinar Selangor untuk membebaskan tertuduh mengikut seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. Pemandu teksi, A. Mohanraj 41, akan disabitkan pertuduhan kerana terlibat dalam insiden itu.

Suspek akan didakwa mengikut pertuduhan Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here