Selepas mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson pada 12 September lalu, kempen bagi pilihan raya kecil P132 Port Dickson dilihar seperti hangat-hangat tahi ayam.
Tak seperti yang dibayangkan kerana ia melibatkan pemimpin kontroversi yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim bagi penyerahan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.
Pada hari penamaan calon Sabtu lepas (6 Oktober), mungkin itu saja hari yang cukup panas dengan kehadiran para jentera yang setia dengan calon masing-masing berarak ke tempat pencalonan, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Sebagai permulaan, ia seperti menampakkan mungkin antara pilihan raya umum yang paling panas dan sensasi. Ala-ala Clash of The Titans gitu kerana ada 7 orang. Ya! 7 orang calon yang akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Port Dickson itu.
Bukan Anuar Saja Calon Sensasi.
Calon yang bertanding juga mengejutkan hampir semua umat Malaysia apabila bukan saja Datuk Seri Anuar yang akan bertanding tetapi seorang yang paling tidak disangka-sangka akan bertanding iaitu Saiful Bukhari Azlan.
Saiful Bukhari dikaitkan dengan Datuk Seri Anuar Ibrahim apabila beliau didakwa telah diliwat oleh DS Anuar kira-kira lebih kurang 8 tahun lepas. Tak payahlah kita bincangkan di situ kerana kita sudah tahu apa kesudahan kes tu.
Calon lain yang tampak panas dan sensasi adalah Tan Sri Isa Samad. Kenapa dikatakan panas? Kerana beliau sebelum itu telah mengumumkan keluar daripada UMNO kerana sebab-sebab tertentu. Kontroversi yang dikaitkan dengan beliau iaitu FGV bukanlah kes kecik-kecik anak.
Selain daripada 3 calon tersebut, ada lagi 3 calon bebas dan seorang calon PAS yang mencuba nasib dengan menawarkan diri sebagai calon bagi merebut kerusi Parlimen Port Dickson tersebut.
Suasana Kempen Sehambar Lawak Hambar
Walaupun dengan calon yang bukan biasa-biasa, namun kempen bagi pilihan raya ini dilihat agak suram, hambar, dan tak meriah meskipun ada 7 orang calon yang akan bertanding.
7 penjuru punya pertandingan, yang diharapkan adalah satu persaingan yang super kompetitif dengan masing-masing mula menggerakkan jentera masing-masing dan menyerag pihak lawan sana sini.
Macam mana sekali pun, pilihan raya kecil ini akan menjadi penentu masa depan negara. Kita tengok sama ada aka nada perubahan kepimpinan selepas pilihan raya ini. Nantikan saja pada 13 Oktober ini siapakah yang akan merajai.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.