Manchester United dikhabarkan bakal menerima pemilik yang baru apabila anak kepada Raja Salman iaitu Putra Mahkota Raja Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih dikenali sebagai MBS itu telah memasang niat untuk membeli kelab bola sepak gergasi Inggeris itu dengan harga yang lumayan dalam masa terdekat ini.
MBS telah memberi tawaran untuk membeli Manchester United dengan harga sebanyak £4 bilion (RM21.7 bilion) kepada pemilik kelab bola sepak itu yang dimiliki oleh keluarga Glazer dan MBS berharap agar dapat bertemu dengan pasangan adik-beradik keluarga Glazer itu dalam masa yang terdekat bagi membincangkan tentang pembelian kelab ‘syaitan merah’ tersebut.
Manchester United telah menjadi hak milik keluarga kaya Glazer itu sejak tahun 2005 dan sudah memasuki tahun ke 13 Manchester United menjadi milik keluarga Glazer.
Menurut MalaysiaKini, jika penawaran yang ditawarkan oleh MBS untuk ‘menyunting’ kelab syaitan merah itu berjaya, keluarga Glazer dikatakan boleh mendapat keuntangan lumayan sehingga £2.2 bilion (RM5.3 bilion).
Bagaimana pun, keluarga Glazer itu tidak memasang niat sama sekali untuk melepaskan kelab bola sepak gergasi Inggeris itu kepada sesiapa termasuklah kepada keluarga Diraja Arab Saudi itu walaupun ditawarkan dengan harga yang boleh menguntungkan keluarga itu.

Penawaran ini tidak menarik minat keluarga Glazer untuk menjual kelab bola sepak itu kepada kerabat Diraja itu disebabkan oleh kontroversi hangat yang melanda keluarga kerabat Diraja Arab Saudi itu dan keluarga Glazer harus berhati-hati dengan keputusan yang diambil memandang keadaan semasa yang telah mengakibatkan ketegangan diplomatik di antara Riyadh dan luar negara.
Keputusan telah dibuat oleh pemilik bersama kelab bola sepak itu, Avram Glazer untuk menarik keluar semula pelaburan yang ditawarkan oleh MBS di saat kejatuhan diplomatik itu yang terpalit dengan skandal pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi yang tersebar ke seluruh dunia dan dikatakan telah dibunuh dengan kejam dengan badan wartawan itu dikerat-kerat dan mukanya telah dicacatkan semasa pergi ke konsulat Saudi di Turki untuk mengambil dokumen perkahwinannya.
Didakwa pembunuhan kejam Jamal yang merupakan pengkritik yang lantang mengkritik MBS itu telah dirancang lebih awal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.