Sumber Bernama, kes penipuan yang melibatkan wang sangatlah sinonim dikalangan warga Malaysia. Polis baru-baru ini telah membuat kenyataan mengenai Macau Scam. Sebanyak 1,627 kes telah dicatatkan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kesan daripada itu, kerugian sebanyak RM98.3 juta telah dilaporkan dalam tempoh awal Januari sehingga September tahun ini.

Isu ini jelas membawa kebimbangan bagi pihak polis. Menerusi Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Senior Asisten Komisioner Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 862 kes yang mencatat kerugian berjumlah RM 25.8 juta.

Rayat dinasihat agar tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Sumber foto: theborneopost.com

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia amat mudah percaya dengan skim cepat kaya. Ini merupakan jalan pintas bagi Macau Scam mempengaruhi mangsa seterusnya menipu mangsa. Terutamanya, panggilan yang mengatakan dari pihak polis (PDRM) atau mana-mana agensi. Buat pengetahuan anda, pihak polis tidak akan menyuruh melakukan perkara sedemikian. Antaranya seperti membuat pembayaran di ATM. Ini juga tidak terdapat di dalam ‘Standard of Operation’(SOP).

BACA JUGA :   Kemalangan Maut Membabitkan 4 Sekeluarga Termasuk Bayi
Antara scammer yang berjaya ditumpaskan. Sumber foto: thesundaily

Netizen diingatkan agar tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan yang mencurigakan. Sebaiknya soal selidik semula pemanggil dan digalakkan tidak menjawab panggilan yang tidak bernama termasuk panggilan antarabangsa. Rakyat Malaysia sepatutnya diberi pendidikan secara tidak langsung dapat membantu diri dari sindiket penipuan. Pendedahan seperti ini amat diperlukan kerana sesetengah rakyat Malaysia mempunyai sifat mudah percaya dan tamak untuk cepat kaya.

Tiada jalan pintas ingin kaya dan berjaya selain usaha dari tulang empat kerat. Orang muda juga disarankan untuk memberitahu perkara ini antara satu sama lain agar tidak terkena pada batang hidung mereka.

Pastikan anda layari Deenamik.com untuk berita seterusnya. Layari juga sosial media Deenamik dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here