Ingin merasai berjalan di pinggiran kota Rusia, memakai baju sejuk dan bina orang salji? Dikelilingi bangunan dan menumen berusia ratusan tahun. Rusia adalah salah satu destinasi utama dari segi pelancongan. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati. Pastikan anda tidak terlepas untuk melawat kesemua tempat ini.
#1. ST. BASIL CATHEDRAL
Merupakan salah satu mercu tanda Rusia. St. Basil Cathedral merupakan sebuah bangunan yang berwarna warni dan berbentuk seakan kubah. Panorama waktu malam lebih memukau kerana dihiasi lampu malam menjadikan kawasan sekeliling seakan “istana”.
#2. ALEXANDER GARDEN
Mula diasaskan pada tahun 1823 dan merupakan taman awam. Alexander Garden terletak di ibu kota Moscow dan berkeluasan 2,838 kaki pesegi. Terdapat juga tembok Kremlin yang dibina sepanjang 864 meter. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian dan orang ramai pastinya akan terpukau dengan keindahan di sini.
#3. CITY OF HEROES
City of Heroes,Volgograd terletak di bahagian selatan Rusia. Menariknya bagi pengunjung, suhu di kawasan sekitar akan berubah mengikut keadaan semasa. Suhu panas bolh meningkat sehingga 40 darjah Celsius dan sejuk sehingga -40 darjah celcius.
Terdapat juga monumen di bukit dan dibuka buat orang awam. Dari atas, pengunjung dapat melihat bukit yang ditumbuhi tanaman hijau.
#4. KIYEVSKAYA STATION
Terletak di Moscow merupakan stesen kereta api bawah tanah yang “mewah”. Bagi pengunjung, pastinya tidak mahu melepaskan peluang menikmati seni bina di sini. Berkonsepkan Reinassance. Seni bina nampak lebih mewah apabila bangunan ini diwarnakan dengan warna emas.
ANDA INGIN KE SINI?
Tahukan anda tempat tarikan ini berada berdekatan dengan Kursk State Medical University?
Bagi anda yang ingin ke sini selalu. Apa kata sambung belajar ke sini terus. Tapi macam mana cara ingin belajar ke sana? Senang sahaja, anda hanya perlu layari Daulah Educonsult dan pihak kami akan menguruskan kemasukan anda ke institut pengajian di sana.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan di Rusia di bawah Daulah Educonsult antaranya perubatan, pergigian dan sebagainya. Jangan risau, universiti di yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.