Dua minggu lalu seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dan telah mencetuskan kemarahan apabila penyebaran sebuah video CCTV langgar lari yang berlaku di Shaftsbury Square, Cyberjaya yang telah meragut nyawa seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) yang secara kebetulannya sedang melintas jalan sebaik sahaja baru keluar daripada sebuah kedai berhampiran kejadian tersebut berlaku.

Kejadian langgar lari yang telah meragut nyawa Wan Amirah Wan Alias telah membawa kepada penangkapan tiga orang suspek lelaki warga asing yang merupakan pelajar tahun akhir di sebuah kolej antarabangsa. Turut ditangkap bersama ialah seorang wanita warga Sabah yang turut berada di dalam kereta tersebut pada hari kejadian.

sumber : Awani.

Suspek utama kes langgar lari Wan Amirah itu telah dihadapkan dimahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika suspek didapati bersalah melakukan pertuduhan itu.

BACA JUGA :   Guna Lorong Kecemasan, Langgar lari, Sebuah Kereta Toyota Camry Kini Ditahan

Bagaimana pun tiada pengakuan telah direkod daripada suspek utama yang berasal daripada Libya itu dan mahkamah telah menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes langgar lari ini bagi menunggu laporan kimia, bedah siasat dan rakaman litar tertutup.

Manakala di mahkamah Sepang pula, suspek warga Libya yang dikenali sebagai Ahmed Abdullah Ali telah didakwa dengan satu lagi kesalahan mengikut  Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta sama. Ahmed Abdullah dikatakan telah memasukkan dadah jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid ke dalam dirinya dua hari selepas kejadian langgar lari itu berlaku.

17 Oktober lalu telah tersebarnya sebuah video rakaman CCTV yang menunjukkan mangsa, Wan Amirah Wan Alias telah dilanggar dan diseret beberapa meter oleh kereta suspek di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya sebelum bertindak untuk melarikan diri meninggalkan mangsa yang telah dilanggar.

BACA JUGA :   Guna Lorong Kecemasan, Langgar lari, Sebuah Kereta Toyota Camry Kini Ditahan

Wan Amirah dikejarkan ke hospital Putrajaya dan bagaimana pun beliau telah meninggal dunia keesokkan harinya pada 18 Oktober jam 4 pagi.

sumber : The True Act.

Suspek dipercayai memandu sebuah kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999. Kereta tersebut telah dirampas sebaik selepas penahanan empat orang suspek tersebut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here