Sejuk

Suram

Sunyi

inilah suasana di hospital yang menemani waris yang masih menunggu bersama ahli keluarga yang lain. Jelas menggambarkan memberi kesukaran buat ahli keluarga yang lain. Menunggu siang malam sambil menanti khabar berita dari pihak hospital.

Melalui kes seperti ini ibarat “rutin” buat waris pesakit telah memberi ilham buat syarikat korporat menyediakan kediaman sementara, Better Brighter Anjung Kasih. Ini merupakan usaha yang dilakukan syarikat bagi menyedia kemudahan penginapan sementara buat pesakit kronik.

Ruangan agar pesakit boleh berehat sementara menunggu pesakit. Sumber: utusanonline.com

Lokasi yang terpilih bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini ialah Hospital Serdang bersama Tena Nasional Berhad (TNB). Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang, Jashela Ayuni Shahidan, berkata kemudahan khas untuk waris pesakit itu disediakan untuk keluarga kurang berkemampuan dari kawasan pedalaman seluruh negara.

BACA JUGA :   Safer Concierge Menawarkan Perkhidmatan Meneman Dan Membantu.
Timbalan Perdana Menteri turut turun padang merasmikan Anjung Kasih Better Breighter. Sumber: IQBAL BASRI

“Kita menetapkan penginapan selama tujuh hari untuk lima waris setiap kali mengemukakan permohonan. Jika terpaksa menetap lama, mereka perlu memperbaharui permohonan,” katanya. Kemudahan Better Brighter Anjung Kasih telah mula dibuka buat orang ramai yang layak memohon selepas dirasmikan oleh Timbala Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada baru-baru ini.

Pengginapan ini secara umumnya khas buat waris mahupun pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos pengginapan yang terdekat dengan hospital. TNB menaja kos menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan selain menyumbang berjumlah RM1.2 juta untuk tempoh lima tahun sehingga 2021.

IJN antara hospital yang terlibat dalam program Anjung Kasih Better Brighter. Sumber: astro awani.com

Sementara itu, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kemudahan itu membolehkan proses penyembuhan pesakit berjalan lancar.

BACA JUGA :   TNB Kenakan Denda Kepada Sesiapa Mengantung Bendera Parti?

“Kami yakin penginapan ini meringankan beban waris terutama dalam kalangan keluarga kurang mampu.

“Inisiatif ini adalah kedua selepas Better Brighter Dormitory IJN Foundation-TNB di Institut Jantung Negara yang dibuka tahun lalu. Kemudahan yang dikendalikan oleh pihak IJN bergantung sama ada indidual mahupun keluarga.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here