Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum ini menyuarakan pandangan mengenai cuti sekolah. Beliau menyatakan hasrat ini bagi memacu sektor pelancongan. Tambahnya, ini adalah titik untuk mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong.

Kenyataan ini jelas sekali tidak disokong Kesatuan Guru. Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Menerusi laporan Berita Harian, Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik berkata cadangan itu agak janggal dan boleh menjejaskan sistem persekolahan yang telah disusun secara menyeluruh setiap tahun.

Presiden Kesatuan Guru, Jasni Md Chik. Sumber foto: Sinar Harian

Cadangan berkenaan telah menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan SBP Intergrasi di tempat lain kecuali anak mereka bersekolah di kawasan yang sama.

Segala jenis keputusan mengenai pelajar di Malaysia septutnya tidak membebankan pelajar itu sendiri. Sumber foto: Utusan Online

“Selain itu, cadangan cuti sekolah berperingkat akan menyukarkan percutian bersama keluarga kerana perbezaan hari cuti sekiranya anak masing-masing bersekolah di tempat lain dan akan “memerangkap” keluarga untuk keluar berrcuti,” katanya.

BACA JUGA :   5 TAMAN TEMA TERBARU DI KL UNTUK IDEA CUTI PERSEKOLAHAN!

Muhammad Bakhiar juga berkata, pihak kementerian masih lagi dalam proses merangka perancangan mereke sebelum usul itu diserahkan kepada Kementerian Pendidikan. Pihak mereka masih lagi mengumpul data daripada pihak hotel dan pengusaha dalam sektor pelancongan. Namun begitu, beliau turut mengatakan bahawa cuti sekolah pada hujung tahun tidak akan diambil kira. Ulasnya memandangkan tempoh cuti itu seragam bagi semua negeri.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesebian. Sumber foto: bernama

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Anuar Hussin, pihaknya turut tidak bersetuju cadangan tersebut kerana menjejaskan sistem persekolahan, jadual perjalanan sukan dan pelbagai program di peringkat kebangsaan. Pihak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mempunyai jadual padat di mana sudah dirangka pada waktu terdahulu termasuk cuti sekolah yang mengikut sistem cutisekolah sebelum ini.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Dah Nak Habis! Tips Untuk Anak Anda Mudah Bangun Pagi.

“Peperiksaan awam, turut terjejas seperti Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sedangkan peperiksaan itu tidak dijalankan jika terdapat cuti umum di negeri terbabit,” katanya.

Perkara ini jelas membawa kesukaran kepada pihak tertentu. Melalui cadangan pertukaran cuti telah mendapat pandangan pelbagai pihak. Cuti sekolah tidak perlu diubah memandangkan mendatangkan masalah kepada pelbagai pihak dan menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here