Seorang puteri nekad meninggalkan gelaran yang dipegang selaku puteri demi kehidupan bersama cinta hatinya yang juga merupakan rakyat biasa. Puteri Ayako, 28 tahun telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka pilihan, Kei Moriya 32 tahun. Kei Moriya merupakan seorang ahli perniagaan di Jepun.
Mengikut tradisi kerabat di Raja Jepun, hanya anak lelaki sahaja akan dikekalkan gelaran sebagai kerabat di raja jika berkahwin dengan rakyat biasa. Manakala, bagi puteri keturunan di raja Jepun, mereka perlu meninggalkan istana dan memulakan kehidupan sebagai rakyat biasa. Sebelum ini, kakak Puteri Ayako, Puteri Mako juga telah berkahwin dengan rakyat biasa.
Puteri Ayako merupakan anak bonus daripada keluarga Putera Takamodo. Putera Takamodo juga merupakan sepupu Maharaja Akihito. Melalui perkahwinan ini, Puteri Aayako akan menerima pampasan daripada kerajaan Jepun sebanyak $950,000 (+ RM 4 juta).
Semalam, kelihatan bekas Puteri Ayako bersama suaminya di sebuah majilis bagi meraikan perkahwinan mereka. Turut diundang ialah pembesar yang berpengaruh serta Perdana Menteri Jepun, Shinzu Abe. Perkahwinan diRaja dan rakyat biasalah bukanlah perkara asing di Jepun. Sebagai rakyat, segala keputusan yang diambil pastilah demi kebaikan bersama.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.