Baru-baru ni, gempar seluruh Malaysia tentang kes keracunan makanan yang melibatkan hampir 70 orang mangsa dan 2 orang yang telah meninggal dunia. Dikhabarkan kes ini akan bertambah dan ia berlaku di Kedah.

Menurut laporan portal berita, hampir kesemua mangsa yang terkena keracunan ini telah memakan hidangan laksa yang tular iaitu laksa kebok yang dijual di Kedah. Apabila kes keracunan makanan ini melibatkan kehilangan nyawa, ia sangat serius.

Laksa Kebok yang tular kerana didakwa menyebabkan kejadian keracunan makanan yang melibatkan lebih 60 orang mangsa dan 2 kematian. (Sumber gambar: Kosmo)

Apa tu keracunan makanan?

Senang saja takrifan keracunan makanan ni. ia adalah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pemgambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ia merupakan antara penyakit yang kerap kali terjadi kerana makan itu merupakan antara keperluan harian manusia.

Ciri=birit? Mungkin anda mengalami kercunan makanan. (Sumber gmbar: Pedoman Bengkulu)

Apa pula punca keracunan makanan ni?

Penyebab utama keracunan makanan adalah dengan pengambilan makanan yang telah dicemari oleh bahan atau organisma tertentu. Apabila makanan yang tercemar diambil, ia akan menyebabkan mudarat kepada badan.

Makanan yang tercemar punca utama keracunan makanan. (Sumber gambar: How Stuff Works)

Ada beberapa sebab yang menjadikan makanan itu tercemar seperti:

  1. Bakteria, racun (toksin) bakteria, dan virus.
  2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  3. Logam berat seperti tembaga, merkuri, dan plumbum.
  4. Tumbuhan atau hasil laut yang beracun seperti kulat, hasilan laut bercengkerang, dan hidupan yang bertoksin.
BACA JUGA :   Luaskan Pasaran Makanan Anda dengan SAFER Food

Selain itu, keracunan makanan ini juga boleh disebabkan oleh pengendalian yang kurang betul hingga menyebabkan makanan tersebut tercemar. Antara sebab makanan boleh tercemar:

  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun
Makanan yang dah tamat tempoh juga penyebab keracunan makanan.

Tanda dan Simptom Keracunan Makanan

Bukan semua orang boleh terkena keracunan makanan kerana antara faktor yang menyebabkan keracunan itu adalah faktor individu iaitu imuniti yang dimiliki oleh seseorang.

Ada beberapa tanda yang boleh kita kenal pasti sama ada seseorang itu mengalami keracunan makanan:

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala

Bahaya Keracunan Makanan

Keracunan makanan boleh menyebabkan KEMATIAN! (Sumber gambar: The Health A to Z)

Keracunan ini boleh menyebabkan kematian. Ya, KEMATIAN! Keranan badan akan kekurangan air dengan cepat akibat cirit-birit. Kekurangan air akan menyebabkan badan menjadi dehidrasi dan boleh mengakibatkan beberapa organ penting hilang fungsi.

BACA JUGA :   Pesan Makanan Tengah Hari Anda Menerusi Safer Food.

Alamak! Ada kawan terkena keracunan! Apa nak buat?

Kebiasaannya, keracunan makanan ini mengambil masa untuk memberi kesan pada badan. Biasanya tanda seperti cirit-birit, lesu, dan demam akan mula menyerang. Sekiranya tanda ini muncul, segeralah ke hospital terdekat.

Bancuhan Oral Rehaydration Slat (ORS) boleh digunakan untuk mengurangkan kesan keracunan makanan. (Sumber gambar: lelong.my)

Ada juga individu yang hanya mengalami kesan yang tidak terlalu teruk. Apa yang boleh anda buat adalah:

  • Beri minum air secukupnya. Lebih 5 liter sehari.
  • Dapatkan Oral Rehydration Salt (ORS). Beri minum kepada pesakit sekerap mungkin. Sukatan bancuhan: 1 paket ORS dibancuh dalam 250ml air.
  • Biarkan pesakit rehat secukupnya.
  • Sekiranya sakit makin teruk, bawa pesakit ke hospital.

 

Jangan dibuat main dengan kes keracunan makanan ini. Sudah banyak kematian yang disebabkan oleh kes keracunan makanan ini. Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan yang ada tanda-tanda awal keracunan makanan, sila bawa terus ke hospital!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here