Mungkin ada di kalangan anda sudah biasa mencuba dan mungkin ada di antara anda tidak pernah mencuba serta merasai lagi kopi mentega ini bukan?
Kopi mentega ini merupakan kopi yang dibancuh, dicampurkan mentega ke dalamnya dan dikisar. Bukan sahaja rasa yang sedap malah juga akan membuat kopi anda lebih berkrim!
Mungkin ada yang mengatakan ianya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal namun minuman kopi bercampurkan mentega ini sudah lama menjadi pilihan penduduk di Vietnam, Singapura, Himalaya, Ethiopia dan Nepal. Bahkan dijadikan minuman bagi mereka yang mendaki gunung di Tibet.
Selain daripada tekstur berkrimnya, kopi mentega ini juga kaya dengan beberapa nutrien yang baik buat anda yang gemar memulakan hari dengan secawan kopi di pagi hari. Di sini kami senaraikan beberapa kebaikan yang ada dan mungkin selepas ini anda boleh bertukar daripada secawan kopi bergula kepada secawan kopi mentega pula selepas ini?
#1. ALTERNATIF LAIN SELAIN GULA DAN KRIM
Sudah tiba masanya untuk anda bertukar kepada pengambilan kopi mentega ini kerana ianya dapat membantu anda mengurangkan kadar pengambilan gula yang berlebihan hanya disebabkan oleh secawan kopi. Berlebihan pengambilan gula boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti obsiti, kerosakkan gigi, diabetes dan banyak lagi.
Penukaran kopi bergula kepada kopi bermentega ini akan membuatkan tekstur kopi anda jadi berkrim seperti kopi ‘latte!’
#2. MEMBUAT ANDA KENYANG LEBIH LAMA
Kandungan kopi mentega yang berkrim ini akan membantu meningkatkan nilai kalori dan lemaknya yang akan membantu perut anda tahan daripada kelaparan dengan lebih lama lagi berbanding jika anda mengambil kopi hitam yang bergula.
Ianya amat bersesuaian untuk anda jadikan sebagai minuman di pagi hari kerana ianya mempunyai komponen sarapan penting yang akan memberikan anda sumber tenaga dan akan membantu memanjangkan pengosongan perut selepas makan.
#3. MEMPUNYAI ASID LINOLEIK UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
Asid linoleik terkandung ataupun ‘conjugated linoleic acid (CLA)’ yang terdapat di kopi mentega ini akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Sangat sesuai buat anda yangbercadang untuk berdiet.
#4. MELINDUNGI DARIPADA KANSER DAN MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN OTOT.
#5. DIPERKAYA DENGAN VITAMIN K
Jika anda tidak mengetahui, vitamin K sebenarnya merupakan ejen yang akan membantu dalam penyembuhan luka dan juga dapat membantu tulang kita untuk kekal kuat hingga ke hari tua!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.