Selepas ramai yang berteka-teki dengan status perkahwinan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristino Ronaldo yang sudah mempunyai beberapa orang anak termasuklah sepasang kembar hasil bersama wanita-wanita ‘rahsia’ tetapi tidak sekalipun tidak pernah mendedahkan tentang siapakah ibu-ibu kepada anak-anak itu kepada umum akhirnya akan melangsungkan perkahwinan bersama satu-satunya pilihan hatinya yang merupakan seorang model.

Cristino Ronaldo telah melamar tunangnya iaitu Georgia Rodriquez semalam selepas dua tahun telah bersamanya dan Georgia telah bersetuju dengan berkata ‘ya’ kepadanya. Georgia dilihat menayang cincin kahwin yang diberikan oleh Ronaldo semasa lamarannya semalam menerusi laman sosial Instagramnya.

Menurut sumber surat khabar terkenal Correio da Manha, Georgia juga dikatakan sudah pun mencuba beberapa gaun perkahwinan. Perkahwinan ini bakal menjadi sebuah perkahwinan tertutup dan difahamkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui mengenai perkahwinan ini.

Hasil perhubungan bersama, Ronaldo dan Georgia telah pun dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alana. Georgia kini dilihat kelihatan sangat gembira dengan fasa baru hidupnya dengan kelahiran anak perempuannya hasil hubungan bersama Ronaldo.

“Ia telah membawa kami lebih dekat, kami lebih bahagia bersama sejak dulu, kanak-kanak adalah kegembiraan kami, kami bangun dan perkara pertama yang kami lakukan ialah memeluk dan menciumnya, meletakkannya di kerusi kecil mereka dan menonton mereka mereka mempunyai sarapan pagi, pastikan mereka mempunyai segala yang mereka perlukan, dan sepanjang hari, ini adalah masa yang sangat istimewa untuk kita semua,” kata Georgia.

Selepas kelahiran anak perempuannya Alana dan menjadi seorang ibu, Georgia berkata bahawa hubungannya bersama anak-anak Ronaldo yang lain iaitu pasangan kembar Eva dan Mateo serta Cristino Jr. yang kini berusia lapan tahun itu makin erat dan akrab sekali.

Georgia juga tidak menafikan bahawa hubungannya bersama Ronaldo merupakan sebuah perhubungan yang sangat indah buatnya dan dapat merasakan kasih sayang serta perhatian yang diberikan oleh bakal suaminya itu.

“Saya telah mendapat kasih sayang. Kami saling melengkapi dengan baik. Kami mempunyai hubungan yang cantik dan apabila saya mempunyai dia di sebelah saya, saya mempunyai segalanya. Saya rasa disayangi dan dijaga. Cinta menguasai segalanya,” tambahnya lagi. Pasangan ini telah menjalinkan perhubungan sejak dua tahun yang lalu iaitu pada tahun 2016 dan Ronaldo kini telah menjadi bapa kepada empat orang anak iaitu Cristino Jr. , pasangan kembar Eva dan Mateo dan juga Alana. Bagaimana pun Ronaldo tidak pernah mendedahkan indentiti sebenar ibu kepada anak sulungnya iaitu Cristino Jr dan dikatakan bahawa kelahiran pasangan kembar itu merupakan hasil melalui kaedah ‘surrogate’ di US pada tahun lalu.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here