Siapa sahaja yang tidak ketahui tentang empayar perniagaan jutawan cantik Vivy Yusof yang kini dilihat semakin berkembang. Jika anda mengikuti perkembangan Vivy di laman sosialnya pasti anda sudah mengetahui perkembangan terbaru perniagaan miliknya di bawah jenama tudung dan makeup iaitu dUCk kan?

dUCk bukan sahaja mendapat perhatian peminat-peminatnya yang menggemari hasil tangan daripada jenama terkenal tempatan itu yang sering ‘sold out’ apabila mengeluarkan keluaran terbaharu bahkan turut berjaya menarik minat jenama antarabangsa untuk melakukan kolabrasi bersama!

Jika anda masih tidak mengetahui tentang kolabrasi terbaru dUCk bersama jenama antarabangsa itu, benda pertama yang anda perlu ketahui ialah jenama antarabangsa itu pada tahun ini telah menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tahun dan jenama ini sangat terkenal dengan karakter tikus yang sangat mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya sejak zaman dulu lagi! Anda sudah dapat agak apakah jenama itu?

Kalau anda dapat meneka dengan jawapan ‘Disney’ anda memang tepat sekali kerana Disney telah melakukan kolabrasinya bersama dUCk!

BACA JUGA :   DISNEY DEDAHKAN TRAILER RASMI BAGI DUMBO ‘LIVE-ACTION’

Pengumuman kolabrasi bersama syarikat animasi kegemaran ramai itu telah diumumkan oleh Vivy menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Selasa lalu dengan menyatakan keterujaannya kerana dapat melakukan kolabrasi bersama Disney kerana beliau sendiri seperti tidak mempercayai peluang kolabrasi itu yang dikatakan sebagai impian menjadi kenyataan.

 

Sempena kolabrasi bersama jenama gergasi dunia ini, dUCk telah mengeluarkan rekaan eksklusif bagi ‘signature’ mereka yang akan menampilkan logo karakter terkenal Disney iaitu Mickey Mouse yang sangat cantik! Menampilkan empat pilihan warna untuk dijadikan pilihan dan apa yang lebih menarik ialah setiap daripada tudung yang dihasilkan itu diberi nama daripada dialog-dialog popular yang sering disebut oleh karakter Mickey Mouse dan kawan-kawannya seperti “Oh,boy!”

Instagram : @theduckgroup

Selain mengeluarkan tudung rekaan eksklusif Mickey, dUCk juga turut mengeluarkan dua barangan lain seperti bag pouch kecil dan juga buku nota yang turut menampilkan corak dan logo Mickey.

BACA JUGA :   KISAH LAGU HANTU ‘LA LLORONA’ DALAM FILEM COCO DIFILEMKAN
Instagram : @theduckgroup
Instagram : @theduckgroup

Kesemua edisi eksklusif kolabrasi dUCK x Disney ini akan dilancarkan pada hari ini menerusi Fashion Valet dan di semua outlet dUCk. Setiap keluaran akan didatangkan dengan kotak eksklusif dUCk x Disney yang direka khas  dengan cop berkilat panas berkilat.

Instagram : @theduckgroup

Nampaknya rezeki ibu berjaya ini semakin murah selepas kelahiran anak perempuannya, Sarah Ilham Shah sebulan lalu. Bukan sahaja diberi peluang untuk berkolabrasi bersama Disney tetapi turut menjadi satu-satunya jenama tempatan yang dapat berkolabrasi bersama Disney yang sering memilih untuk melakukan kolabrasi dengan jenama-jenama fesyen terkenal dunia seperti ‘Coach x Disney,’ ‘Vans x Disney’ dan banyak lagi.

Jenama ‘one-stop website for shopping’ Fashion Valet milik Vivy turut mendapat berita gembira apabila laman sosial jenama itu telah mendapat tanda biru atau ‘verify’ dari Instagram pada minggu ini.

Instagram : @vivyyusof

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here