Bagi anda yang ingin melancong ke negara sendiri. Apa kata tahun ini berkunjung ke negeri bawah bayu, Sabah. Sabah mempunyai keunikan tersendiri. Angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan yang hijau pastinya membuatkan pengunjung terpukau. Dikelilingi oleh gunung ganang sudah tentu memberi pengalaman yang berbeza. Berikut terdapat beberapa buah homestay yang menawarkan pengginapan berkelas lima bintang.

#1. THE LITTLE HUT

Sumber foto: Cyril Canvas

Chalet ini menawarkan kapasiti dalam dua hingga lima orang dalam satu bilik pada harga yang berbaloi. Lari dari kesibukan kota, The Little Hut ialah kawasan yang sesuai bagi anda merehatkan minda. Terletak di Kampung Mesilau, pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendekati penduduk tempatan dan bersiar di sekitar kampung menaiki basikal dan sebagainya.

Chalet ini juga berada berdekatan dengan kawasan tarikan iaitu Taman Mesilau dan juga Desa dairy Farm. Pengunjung juga boleh tekan di SINI bagi ketahui lebih menarik mengenai Chalet Little Hut ini.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa BN Dijangka Menang Mudah Di Sabah

#2. T PARADISE

Sumber foto: Booking.com

Bagi anda yang ingin melancong bersama ahli keluarga yang ramai. T Paradise sangat sesuai dijadikan sebagai kawasan pengginapan pertama anda ke Sabah. Setiap bilik meyediakan ruang yang luas serta dikelilingi kawasan yang berangin. Menggunakan konsep keserhadanaan, T Paradise turut menyediakan segala kelengkapan fasiliti.

#3. NULU NULUW FARMSTAY

Sumber foto: Glotels

Kawasan penginapan ini terletak di tengah-tengah lembah di mana pengunjung dapat melihat sendiri tanaman segar yang ditanam di lereng bukit. Bagi anda yang ingin memetik sendiri tanaman ini, boleh sahaja petik dan masak sendiri.

Kawasan penginapan ini juga dilengkapi dengan kawasan bakar dan kediaman yang selesa. Bagi pengunjung yang ingin menginap di sini, bayaran sebanyak RM 130 semalaman. Nulu Nuluw Farmstay ini hanya menawarkan 8 bilik sahaja di mana ianya amat terhad.

BACA JUGA :   VIRAL! Aiskrim Laksa Ini Pasti Akan Menambat Selera Ekstrinsik Anda

#4. WIND VALLEY FARMSTAY

Kawasan yang disediakan oleh pihak pengurusan sangat luas hingga membolehkan anda merehatkan minda. Terletak di kawasan pergunungan secara tidak langsung membolehkan pengunjung dapat melihat kawasan tanah rata.

Sumber foto: Booking.com

Harga yang ditawarkan juga ditawarkan bawah RM100. Wind Valley Farm terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan iaitu di Desa Cattle Dairy Farm dan Kundasang Memorial Park.

#5. SABAH TEA GARDEN

Kawasan penginapan di sini cukup menarik kerana kawasannya sangat fotogenik. Para pengunjung diminta agar tidak melepaskan peluang untuk menabadikan kenangan di sini. Bayaran yang dikenakan juga berbaloi di mana ia bermula dari RM 140 bagi satu malam.

Sumber foto: Travelog Borneo

Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan Sabah Tea. Suasana yang cukup privasi pasti membuatkan percutian anda lebih bermakna. Bagi ingin menempah, boleh cuba link di SINI.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here