Ramai sudah mengetahui bahawa filem penyiasatan Kingsman akan kembali tidak lama lagi di pawagam bukan? Sudah pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan filem ketiga Kingsman ini yang dilakonkan oleh watak utama bagi filem Kingsman iaitu Taron Egerton yang memegang watak sebagai Eggsy itu nanti bukan?

Tetapi bagaimana jika kami katakan bahawa pelakon yang memegang watak sebagai Eggsy itu tidak akan kembali untuk beraksi bagi Kingsman 3 nanti?

Perkara ini telah disahkan oleh pelakon itu sendiri yang mengatakan bahawa dirinya bukanlah Kingsman bagi francais ketiga itu dan tidak akan terlibat dalam penggambaran Kingsman 3 nanti.

“Saya bukan Kingsman yang baru itu,” katanya ketika ditemu ramah oleh Yahoo ketika sedang mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Robin Hood.

BACA JUGA :   SPY “KINGSMAN” BAKAL MELAKUKAN PENYIASATAN DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2019

Bagaimana pun Egerton menjelaskan bahawa tanpa penglibatannya bagi francais ketiga Kingsman ini tidak bermakna dirinya bukan lagi sebahagian atau menarik diri daripada produksi filem spy itu malah dia turut menjelaskan perkara sebenar mengapa dirinya tidak terlibat ialah disebabkan pengarah bagi filem itu mempunyai idea yang menarik sekali untuk diketengahkan menerusi francais ketiga itu nanti.

“Ideanya untuk francais yang baru sangat menarik,

“Saya sedih bahawa saya tidak akan berada di perjalanan dengannya tetapi bukan yang terakhir yang anda akan lihat dari Eggsy,” tambahnya lagi.

Menurut Egerton, filem Kingsman 3 ini akan berlatar belangkang semasa perang dunia pertama dan Ralph Fiennes akan menjadi tunjang utama filem ketiga ini. Kingsman 3 ini akan menjelaskan lagi mendalam tentang pengenalan pembentukan organisasi Kingsman itu sendiri.

BACA JUGA :   SPY “KINGSMAN” BAKAL MELAKUKAN PENYIASATAN DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2019

Sebelum ini pengarah bagi filem spy ini iaitu Matthew Vaughn dikatakan sedang di dalam proses untuk menghasilkan Kingsman 3 yang akan menjadi prekuel bagi dua filem Kingsman terdahulu iaitu ‘The Secret Service’ dan ‘The Golden Circle.’ Beliau turut dikatakan bakal membawa gandingan hebat bagi filem ketiga ini dengan barisan pelakon seperti Brad Pitt dan Rachel Wiez untuk membintangi Kingsman 3 nanti.

Kingsman 3 bakal menyusul di pawagam kegemaran anda pada awal bulan November tahun hadapan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here