Pernahkah anda ke sebuah kawasan yang dipenuhi dengan anak patung? Menurut kisah tedahulu terletak di Pulau Anak Patung atau lebih dikenali โ€œIsla de las menecasโ€. Lokasi ini terletak 17 kilometer (km) dari Mexico City. Sedikit fakta, Pulau Anak Patung berada di kawasan Pulau Xochimilco telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO.

Jom kita ketahui kisah sebenar disebalik Pulau Anak Patung.

Menurut kisah masyrakat tempatan, 50 tahun dahulu terdapat seorang kanak-kanak sedang bermain di tepi pulau itu keseorangan. Malangnya, anak perempuan itu telah mati lemas dan tidak dapat diselamatkan. Tidak beberapa lama kemudian, seorang lelaki yang lalu di pulau pada ketika itu terkejut kerana terlihat anak patung di permukaan air.

Ramai pelancong mendakwa bahawa mereka tutut merasai seolah-olah anak patung ini sedang memerhatikan mereka. Sumber foto: layungking.com

Lelaki tempatan itu bernama Jualian Santana Barrera telah mendakwa terdengar bunyi jeritan kanak-kanak itu. Susulan perkara tersebut, Julian Santana Barrera menggantungkan anak patung itu di sebuah pokok bagi menghormati roh kanak-kanak perempuan tersebut. Barrera juga percaya bahawa dengan menggantungkan anak patung ini dapat menyelamatkan mangsa yang akan datang.

Sumber foto: ohmymedia

Sepanjang hayat lelaki tempatan itu, Barrera telah diselubungi perasaan bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak kecil itu. Bermula daripada situ, Barrera mula mengumpul anak patung dan menggantunya di pokok sekitar pulau itu. Lelaki ini mengambil masa seumur hidupnya menggantung anak patung itu. Terdapat pelbagai jenis patung yang digantung seperti Barbie dan banyak lagi.

Kisah Pulau Anak Patung yang penuh misteri. Sumber foto: pen patch

Kesudahnnya, Barrera telah meninggal dunia kerana mati lemas di kawasan yang sama kanak-kanak itu mati lemas. Ramai penduduk sekitar mendakwa bahawa pulau itu berpuaka. Sepeninggalan Barrera, masih terdapat lagi tinggalan barang periadi miliknya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here