kredit : Utusan Online

Umum sudah mengetahui bahawa pasukan bola sepak negara telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir pertama bagi Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Suzuki 2018 selepas berjaya mengalahkan pihak lawan dari Myanmar sebanyak 3-0 pada minggu lalu dan bakal berdepan sekali lagi dengan pasukan dari Thailand hujung minggu ini (Sabtu).

Setakat ini sebanyak 80,000 tiket telah habis dijual kepada orang ramai bagi menyaksikan perlawanan itu nanti yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Tiket perlawanan itu telah dijual secara berperingkat di mana 40,000 tiket telah berjaya dijual beberapa hari yang lalu dan manakala selebihnya telah mula dijual pada hari ini di stadium dan turut dijual di kedai sukan al-Ikhsan. Tiket yang dijual pada hari ini dikatakan sudah habis dijual dalam masa hanya tiga jam sahaja!

Bagi memudahkan perjalanan anda yang sudah mendapatkan tiket ke perlawanan separuh akhir itu, anda dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam LRT yang telah disediakan.untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada hujung minggu dan juga kesukaran untuk anda mendapatkan parking di lokasi perlawanan itu nanti

BACA JUGA :   5 TAMAN TEMA TERBARU DI KL UNTUK IDEA CUTI PERSEKOLAHAN!

Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan bahawa masa operasi perkhidmatan LRT pada hari Sabtu nanti akan dilanjutkan sehingga 1 pagi sempena perlawanan separuh akhir itu.

“Untuk keselesaan, pengguna boleh menggunakan LRT laluan Sri Petaling berintergrasi dengan LRT laluan Kelana Jaya di Stesen LRT Putra Height dan Masjid Jamek; serta berintergrasi dengan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Merdeka, yang berhubung dengan Stesen LRT Plaza Rakyat.

“Ia juga berhubung dengan perkhidmatan KTM Komuter di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, sekali gus menjadi pilihan terbaik pengguna ke Stadium Bukit Jalil,” menerusi kenyataan Rapid Rail yang telah dikeluarkan.

Untuk membantu melancarkan lagi perjalanan anda ketika ingin pergi ke Bukit Jalil, anda turut dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan park ‘n ride sepanjang laluan di Sri Petaling dan meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil menggunakan LRT.

BACA JUGA :   'MOST SEARCHED' NETIZEN MALAYSIA SEPANJANG 2018

Anda juga dinasihatkan supaya tidak lupa untuk menggunakan kad nilai Touch ‘n Go anda bagi menggelakkan daripada kesesakan akibat beratur terlalu panjang untuk mebeli token LRT semasa dalam perjalanan untuk ke stadium itu nanti. Buat anda yang menggunakan token, pastikan anda membeli terus token LRT untuk perjalanan pulang anda nanti.

Walau bagaimanapun, stesen-stesen LRT dan MRT yang lain akan beroperasi mengikut waktu biasa tetapi akan memberi laluan kepada semua penumpang keluar di stesen-stesen seperti Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Awan Besar, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Putra Height, Bandar Tasik Selatan dan Sungai Besi.

Anda kemudiannya boleh teruskan perjalanan di stesen pertukaran di Stesen Maluri, Stesen Merdeka atau ke Stesen Plaza Rakyat untuk menggunakan MRT dan laluan Masjid Jamek untuk anda yang ingin pulang ke Kelana Jaya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here