Selepas beberapa hari ini panas tentang isu Menteri Belia dan Sukan , Syed Saddiq yang dikatakan tidak setuju dengan penyuruhan supaya atlet-atlet Terengganu untuk mengenakan pakaian yang menutup aurat dan menyuruh supaya pihak-pihak yang terlibat dalam memutuskan perlaksanaan itu untuk menghormati hak atlet-atlet.telah mendapat perhatian umum.
Tindakan Syed Saddiq dalam menyuarakan pendapatnya melalui laman sosial Instagram miliknya beberapa hari lalu bagaimana pun telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Menteri Belia dan Sukan itu.
Kerajaan Terengganu bagaimana pun telah memutuskan pada hari ini supaya konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet-atlet sukan Terengganu akan dikuat kuasakan mulai tahun hadapan. Keputusan perlaksanaan itu telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawantankuasa pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu iaitu Wan Sukairi Wan Abdullah .
Wan Sukairi menjelaskan bahawa perlaksanaan itu selaras dengan dasar kerajaan negeri itu yang menjadikan agama Iislam sebagai panduan utama dalam pentadbiran dan termasuklah dalam aspek sukan .
Beliau turut menambah bahawa kerajaan negeri Terengganu sudah pun melantik mufti negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda sebagai anggota Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bagi tujuan untuk memberi nasihat serta panduan dalam semua aspek perlaksanaan termasuklah daripada segi pemakaian atlet dan jenis sukan kepada kerajaan negeri itu.
Wan Sukairi turut menjelaskan sebagai permulaan bagi perlaksanaan itu, ianya akan bermula dengan semua pemain bola sepak yang beragama Islam yang berada dalam naungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang menutup aurat dan memenuhi syariah ketika beraksi di atas padang.
Kerajaan negeri Terengganu bagaimana pun tidak akan mengambil pendekatan yang drastik berkenaan isu ini dan ingin memastikan supaya atlet-atlet negeri itu benar-benar bersedia sebelum perlaksanaan itu dikuat kuasakan sebagai undang-undang pada masa akan datang.
“Untuk atlet bukan Islam tidak ada paksaan dan terpulang kepada mereka untuk pakai mengikut keselesaan mereka tetapi kita galakkan mereka mengikuti pakaian yang patuh syariah.
“Selain itu, peraturan ini nanti juga hanya tertakluk kepada atlet negeri Terengganu sahaja. Untuk atlet dari luar yang datang ke Terengganu mereka boleh berpakaian mengikut peraturan mereka,” katanya lagi.