Kadar kemalangan yang berlaku di Malaysia semakin tinggi terutama yang melibatkan bas persiaran. Sehubungan dengan itu, Menteri Pengangkutan telah mewajibkan penggunaan tali pinggang pada setiap kerusi bas.

Perkara ini akan mula dikuatkuasakan bermula tahun hadapan. Penggunaan tali pinggang secara tidak langsung dapat mengurangkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan fizikal pada mangsa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini telah mengulas bahawa setiap bas sama ada bas ekspress dan bas persiaran wajib menyediakan tali pinggang buat penumpang. Perkara ini sejajar dengan harapan Anthony apabila bas sekolah di luar negara juga turut mengamalkan pemakaian tali pinggang.

Penggunaan tali pinggang mampu menyelamatkan nyawa mereka yang tersayang. Sumber foto: talian.com

 

Selain itu, pihak pengurusan juga akan diwajibkan memasang sistem sokongan keselamatan brek dan alat pengehad kelajuan. Perkara ini timbul berikutan terdapat segelintir pemandu bas tidak mematuhi peraturan kelajuan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Perkara ini perlulah diambil berat oleh pihak yang berkuasa.

BACA JUGA :   Skim ISBSF Bantu 61 Pengusaha Syarikat Bas Henti-Henti

Merujuk laporan daripada Bernama, berikut merupakan usaha kerajaan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Pada tahun yang akan datang, kerajaan turut menyasarkan pemasangan CCTV di mana akan dilakukan bermula tahun 2020.

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here