Siapa sahaja yang tidak mengenali akan filem dan karakter bagi filem ‘Willy Wonka’ bersama kilang coklatnya yang sangat megah dan penuh dengan magis bukan?

Difahamkan filem Willy Wonka and The Chocolate Factory ini akan dihasilkan semula sebagai sebuah filem ‘prequel’ dan telah disahkan oleh pengarah Willy Wonka, David Heyman. Baru-baru ini dikatakan bintang filem ‘First Man’ Ryan Gosling dan juga penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘This Is America’ iaitu Donald Glover telah disenarai pendekkan oleh studio pembuat filem itu untuk memegang watak utama sebagai Willy Wonka.

Pembikinan filem ini telah diusahakan di Warner Bros. beberapa tahun yang lalu tapi bagaimana pun pengarah itu mengakui bahawa yang diusahakan ini berjalan dengan perlahan.  Ianya disebabkan oleh kerana pengarah yang menghasilkan filem ‘Paddington’ iaitu Paul King telah dipilih oleh Warner Bros. untuk mengalas tugas mengarah filem prequel Willy Wonka ini dikatakan terlalu sibuk pada tahun hadapan kerana harus menyiapkan filem terbaru Disney iaitu Pinocchio.

Paul King

Filem prequel Willy Wonka ini akan turut bekerjasama bersama penulis skrip Simon Rich dan juga pengarah Willy Wonka iaitu David Heyman. Tapi apa yang menjadi tanda tanya bagi filem ini ialah siapakah yang akan mengalas tugas sebagai pemilik kilang coklat itu memandangkan filem prequel kali ini tidak akan diadaptasi dari novel klasik Roald Dahl kerana pengarah Paul King akan membawa plot cerita yang sebenar di layar perak nanti.

David Heyman sempat memberi bayangan tentang plot cerita Willy Wonka yang akan berlainan dengan plot sekuel-sekuel yang sebelum ini.

“Kami masih berusaha mencari tahu bagaimana cerita itu. Ini prequel, ia bukan sekuel. Apa yang membuatkan Willy – apabila kita jumpa dia di kilang coklat yang melakukan tiket emas, di manakah dia sebelum itu? Apa yang membawa dia ke tempat di mana dia mengunci dirinya? … Bagaimana dia sampai di sana? Jadi kami bermain dengannya,” katanya.

David Heyman juga berkata bahawa beliau amat berharap supaya pengarah Paul King akan mengarahkan Willy Wonka prequel ini walaupun jadual Paul King agak padat beberapa tahun depan dan ini bermakna filem Willy Wonka ini harus menunggu beberapa tahun lamanya lagi jika benar-benar mahukan pengarah itu menduduki kerusi pengarah bagi filem Willy Wonka ini.

Ini bermakna kita mungkin harus menunggu beberapa tahun lagi untuk menonton filem kilang coklat yang diasaskan oleh Willy Wonka dan magisnya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here