Zaman sekarang ini anda namakan sahaja ke mana anda ingin menyambung pelajaran anda, pasti banyak tawaran menarik daripada universiti-universiti di seluruh dunia akan datang kepada anda dengan pelbagai jenis bidang yang anda mahukan bukan?

Jadi tak hairanlah kalau bukan pelajar cemerlang saja yang boleh mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran ke luar negara sahaja kerana peluang seperti ini sudah terbuka luas buat semua pelajar-pelajar di Malaysia.

Negara-negara seperti Jepun, Indonesia, Jerman dan lain-lain menjadi pilihan pelajar-pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan mengikut kepakaran yang ditawarkan di universiti tersebut.

YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI AWAM DI TURKI YANG MURAH

Memang tidak dinafikan bahawa universiti-universiti awam di  Turki ini mengenakan yuran pengajian yang murah  dan inilah menjadi penyebab utama mengapa pelajar-pelajar di Malaysia ingin menyambung pelajaran ke sini. Pelajar-pelajar tidak perlu pening memikirkan yuran pengajian di sana dan boleh fokus kepada kos sara hidup sahaja.

Tetapi untuk melayakkan diri anda ke universiti-universiti di Turki ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti di negara-negara yang lain.

Sebenarnya, ramai pelajar Malaysia yang begitu teringin untuk menyambung pelajaran di negara Turki. Tetapi mengapa tidak ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke universiti-universiti di Turki?

Jika entri sebelum ini kami telah menceritakan serba sedikit mengenai saringan yang anda perlukan untuk memasuki universiti swasta di Turki, kali ini kami akan menceritakan kepada anda tentang apakah ujian saringan yang anda perlu lalui jika ingin menyambung pelajaran di universiti awam Turki.

# UJIAN YOS

Apa itu ujian YOS?

Jika sebelum ini kami ada jelaskan kepada anda tentang ujian yang anda perlu duduki untuk memasuki universiti swasta di Turki yang lebih kepada ujian bahasa Inggeris, lain pula dengan ujian kelayakan sebelum memasuki universiti awam di negara ini.

Ujian YOS merupakan ujian yang direka khas buat pelajar-pelajar luar negara yang ingin menyambung pelajaran ke universiti-universiti awam di Turki dengan soalan yang berbentuk IQ dan Matematik yang menguji minda anda.

BACA JUGA :   ASASI JADI PILIHAN ANDA SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN SPM?

Ujian ini bagaimana pun telah dihentikan pada tahun 2010 tetapi sebahagian besar universiti-universiti awam yang terdapat di Turki masih menggunakan kelayakan ujian YOS jika anda ingin memasuki universiti mereka. Kini soalan bagi ujian YOS ini telah diubah mengikut versi dan kehendak yang pihak universiti itu inginkan.

KELAYAKAN UJIAN YOS

Jika anda telah lulus dalam ujian YOS yang anda duduki di universiti yang anda pilih pada mulanya, ini tidak bermakna keputusan ujian YOS anda itu akan diterima oleh universiti-universiti awam Turki yang lain.

Ini kerana setiap universiti awam yang terletak di Turki mempunyai versi ujian YOS yang berlainan daripada universiti yang lain. Setiap universiti boleh mengubah soalan ujian seperti yang mereka inginkan.

SOALAN UJIAN YOS

Ujian YOS ini bukanlah mudah seperti apa yang anda sangkakan kerana ujian ini akan menguji kecekapan anda untuk menjawab 80 soalan dalam tempoh masa 90 minit yang diberikan. Soalan ujian ini terbahagi kepada dua jenis bahagian iaitu soalan IQ yang mengandungi 45 soalan dan soalan Matematik yang mengandungi 35 soalan keseluruhannya.

Apa yang lebih mencabar ialah anda tidak akan dibenarkan untuk membawa masuk alat bantuan seperti kalkulator untuk menjawab soalan Matematik yang disediakan. Pelajar-pelajar yang ingin menduduki ujian ini harus menggunakan seratus peratus kemahiran berfikir dan mencongak untuk menjawab soalan ujian YOS ini.

Bagaimana pun, setiap ujian yang dilakukan oleh universiti-universiti di Turki ini mempunyai versi berlainan yang mereka telah ubah dan tidak semua universiti itu mempunyai soalan yang berbentuk IQ atau Matematik.

Sebagai contoh, ujian YOS di Yildiz Technical University mengandungi 50 soalan berbentuk Matematik dan Geometri. Ada juga universiti awam Turki yang mula memasukkan soalan berbentuk Biologi dan Kimia pada tahun lalu seperti di Universiti Dokuz Eylül.

BAGAIMANA UNTUK MENDUDUKI UJIAN YOS?

Jika anda tertanya-tanya di manakah anda oleh menduduki ujian kelayakan YOS ini, ujian ini hanya boleh diambil dan diduduki di universiti-universiti awam yang terdapat di Turki sahaja.

BACA JUGA :   OIC Sebulat Suara Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Palestin

Tetapi jika anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Istanbul, anda bolehlah menduduki ujian YOS ini di satu-satunya universiti di negara ini yang menawarkan ujian YOS iaitu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

TERDAPAT BANYAK PILIHAN DI UNIVERSITI LAIN

Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Turki, pastikan anda mengetahui bahawa hanya bidang perubatan dari universiti-universiti Turki sahaja yang diiktiraf di Malaysia.

Anda merasakan mustahil untuk anda menyambung pelajaran di Turki dengan ujian kelayakan yang sukar ini? Kami cadangkan kepada anda untuk memilih negara-negara lain yang menyediakan lebih banyak faedah pembelajaran dalam bidang yang sama anda inginkan di Turki.

Tidak tahu di university mana yang bersesuaian buat anda?

Dengan bantuan Daulah Educonsult Sdn.Bhd, mereka akan membantu anda mendapatkan universitI terbaik dunia di luar negara untuk menyambung pelajaran tanpa perlu menduduki ujian yang sukar untuk melayakkan diri anda menjadi bakal graduan universiti luar negara!

DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD.

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah EduConsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah EduConsult menawarkan kepada anda hanya universiti-universiti yang terbaik dan terkenal di negara universiti tersebut dengan yuran pengajian yang berpatutan! Bukan itu sahaja, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Daulah EduConsult dijamin sebelah kaki anda telah pun berada di universiti tersebut kerana seratus peratus tempat pengajian itu akan menjadi milik anda!

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Pilihlah Daulah EduConsult sebagai agensi pendidikan anda untuk membantu merealisasikan impian anda ke menara gading itu tercapai!

BERMINAT?

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here