Pengedaran buku keagamaan di tepi jalan kerap belaku di jalan-jalan utama. Justeru tindakan ini telah membimbangkan penduduk tempatan.

Sebelum ini, buku Bible turut diedarkan secara haram kepada penduduk sekolah. Ini secara tidak langsung untuk memesongkan aqidah sesuatu agama. Perkara ini seharusnya dicegah dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Menerusi laporan Bernama, kejadian berlaku di tepi jalan Lebuh Carnavon, Georgetown. Warga asing yang berasal daripada Nigeria terdiri daripada tiga (3) wanita dan dua (2) lelaki. Kesemua mereka cuba mengedarkan fahaman agama Kristian di beberapa lokasi di sekitar di Georgetown dan Lebuh Carnavon.

Buku Bible yang semakin galak diedarkan buat umum. Sumber foto: goodday

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang mengedar buku bertajuk “Rhapsody of Realities” di kawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang. Merujuk perkara tersebut, kesemua warga Nigeria tidak berjaya menunjukkan pas perjalanan yang sah ke Malaysia.

BACA JUGA :   HFMD : Pihak Berkuasa Gesa Sekolah, Ibu Bapa Bagi Kerjasama

 

Kesemua mereka ditahan bagi tindakan lanjut. Sumber foto: sentiasapanas.com

Isu pengedaran buku agama Bible turut berlaku baru-baru ini. Kesemua mereka kini akan ditahan bagi keterangan lebih lanjut. Aktiviti seperti ini perlulah dibendung memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai fahaman agama yang berlainan. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada pengedar buku fahaman buku Bible ini.

Tiap-tiap hari kerja dan buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here