Kurang daripada seminggu lagi, 2018 akan meninggalkan kita dan tahun 2019 akan membawa kita ke satu lagi tahun yang penuh cabaran. Seperti tahun yang berubah setiap tahun, trend bisnes juga akan mengalami perubahan seiring dengan peredaran tahun.

 

Bagi tahun hadapan, perniagaan akan lebih tertumpu kepada pelanggan sendiri. Dan juga pentingnya tanggungjawab sosial dan juga perlindungan data milik pelanggan yang diperolehi daripada pihak yang menyediakannya.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan membawakan apakah trend bisnes bagi tahun 2019 yang boleh dijadikan rujukan buat semua usahawan di luar sana. (Sumber artikel)

#1. Pelanggan Nakkan Kawalan Pada Data Mereka

Pernah tak apabila anda membeli sesuatu dalam talian, ada bahagian di mana data peribadi anda akan boleh diakses oleh pihak penyedia perkhidmatan seperti Lazada, Shopee, dan lain-lain. ini bermakna data ini akan dikumpulkan untuk kegunaan membina pengkalan data pengguna dan digunakan untuk membuat kajian pemasaran.

Data-data yang dihimpunkan akan turut dijual kepada syarikat yang akan melakukan kajian pasaran yang akan dirujuk oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang lain. sebenarnya, banyak lagi cara data pelanggan ini boleh diperolehi.

Data peribadi boleh diibaratkan seperti kehidupan peribadi pelanggan itu sendiri. Terlalu banyak perkara boleh diketahui dengan data ini dan ia boleh menjejaskan kehidupan seseorangs sekiranya data ini diperolehi oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

#2. “Kami Bukan Along. Kami Cuma Mahu Tolong…”

Pernah cuba untuk membuat pinjaman perniagaan dengan bank? Terlalu banyak langkah dan dokumen yang diperlukan bagi menyakinkan bahawa perniagaan yang bakal diusahakan boleh berjaya dan mampu membayar kembali pinjaman yang dibuat.

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Perniagaan di Universiti Luar Negara

Belum masuk lagi karenah birokrasi yang berbeza mengikut bank yang dipohon. Sebab itu, ramai yang beralih kepada pinjaman yang mudah seperti syarikat kredit. Syarikat kredit ini lebih fleksibel dan mudah serta kurang birokrasi. Ada yang boleh memberikan pinjaman dalam tempoh kurang 3-4 jam!

Mujur di Malaysia, kerajaan ada menyediakan kemudahan kredit yang mudah seperti TEKUN Nasional dan INSKEN yang membantu bakal usahawan untuk menyediakan kemudahan kredit.

Pada tahun 2019, lebih banyak syarikat kredit akan wujud kerana urusan yang lebih mudah berbanding di bank yang langsung tidak mudah dan karenah birokrasinya yang sangat banyak.

#3. Pelanggan Nakkan ‘Personal Touch’ Dalam Servis

Pelanggan cukup suka kalau permintaan mereka untuk sesuatu servis boleh diubah mengikut cita rasa mereka. Bak kata orang, ‘personal touch’. Jadi, untuk tahun 2019, apa kata anda cuba sesuaian servis anda supaya ia lebih mesra dengan kemahuan pelanggan.

Produk custom made akan mendapat lebih permintaan seperti hadiah yang boleh ditambah rekaan daripada pelanggan sendiri. Dengan servis begini, pelanggan akan lebih merasa puas dengan servis sebegini.

#4. Servis Langganan Akan Meroket Jualannya Tahun Depan.

Kalau disebut langganan, apa yang terlintas? Saluran televisyen? Majalah? Macam mana kalau servis makanan pun boleh diubah kepada servis dalam bentuk langganan? Atau pun barangan lain yang boleh dilanggan secara berkala?

Pelik? Dah tentulah tak kerana ia adalah lebih mudah dan senang jika ada servis yang dibuat dalam bentuk langganan secara berkala sama ada mingguan atau bulanan. Sebenarnya, pelanggan lebih suka kalau ad servis yang boleh dilanggan.

BACA JUGA :   Trend Terbaru Mekap 'Hias Lubang Hidung' Ini Pasti Buat Anda Tertawa

Langganan ini bermakna pelanggan tidak lagi perlu untuk pergi ke kedai setiap hari dan membuat pesanan yang sama. Bosan! Lebih senang kalau tak perlu untuk keluar dari rumah, produk akan sampai ke pintu rumah.

#5. Menyumbanglah Kepada Masyarakat

Syarikat-syarikat besar saban tahun menyediakan bajet untuk kegiatan tanggungjawab sosial korporat (CSR). CSR ni sangat penting sebab ia membuktikan sesebuah syarikat itu prihatin dengan apa yang terjadi pada komuniti.

Untuk syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai pendapatan yang rendah, adakah perlu melakukan CSR ini. Sebenarnya tak perlu pun memandangkan jumlah pendapatan yang tidak begitu stabil.

Tetapi, jikalau mahu jenam anda lebih dikenali ramai, tak salah untuk mengeluarkan sedikit bajet untuk menyumbang kepada masyarakat. Mungkin boleh berkerjasama dengan beberapa syarikat dan perusahaan lain untuk menjayakan CSR ini.

Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah

Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?

Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here