Remaja zaman gadget kini boleh dikatakan ingin selalu mengikuti trend daripada segi pakaian, cara berhibur sehinggalah apa sahaja yang boleh menampakkan diri mereka sangat ‘cool’ untuk tujuan media sosial mereka dan ada juga yang sanggup memakai barangan-barangan fake hanya untuk membuat pengikut laman sosial mereka ‘impressed’ dengan barangan yang dimiliki walaupun hakikatnya hanyalah fake semata-mata!

Kita sudah biasa dengan barangan bag, pakaian atau kasut jenama tiruan yang dijual dalam pasaran terbuka terutama sekali menerusi lambakan kedai-kedai Instagram yang ada sekarang. Namun tidak kurangnya dengan penggunaan pendakap gigi ataupun braces tiruan yang kini digilai oleh remaja-remaja di luar sana yang ingin menampakkan diri mereka cool tanpa mengendahkan larangan penggunaan barangan tiruan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri.

“Fake braces? Apa yang bahaya sangat dengan fake braces ini?”

# FAKE BRACES ITU BAHAYA!

Umum ramai yang sudah mengetahui tentang bahayanya penggunaan fake braces ini selepas kes tentang ‘doktor braces hotel’ yang melakukan perkhidmatan memasang braces tiruan di bilik hotel yang tersebar di Internet. Proses pemakaian braces tiruan itu telah dilakukan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang tidak mempunyai lesen untuk memasang braces . Walaupun ramai yang sudah sedar tentang berita penangkapan wanita itu namun rata-rata masih ramai remaja yang tidak kisah

Penggunaan braces tiruan ini telah mengakibatkan pemakainya mendapat kesan-kesan sampingan yang sudah pastinya akan merosakkan serta mengakibatkan berlakunya pergerakkan gigi walaupun tidak banyak. Selain itu ramai di antara pemakai braces tiruan ini mengalami masalah seperti .hakisan gigi, nafas berbau, gusi berdarah, gigi goyang dan ada yang hampir tertanggal dari gusi mereka!

Jika itu tidak menakutkan anda lagi, braces tiruan ini juga telah mencatat rekod kematian di Thailand akibat tertelan braces tiruan yang dipakai.

 

# KANDUNGAN FAKE BRACES YANG BAHAYA

Braces tiruan ini sangat berbahaya kerana kandungan bahan yang digunakan tidak diketahui sama ada ianya selamat atau tidak bagi kesihatan pemakainya. Braces tiruan ini juga dikatakan mengandungi kandungan yang sangat bahaya untuk kesihatan iaitu plumbum.

 # PERBEZAAN RAWATAN ANTARA ‘GENUINE BRACES vs FAKE BRACES’

Kalau anda mendapatkan rawatan yang sah untuk pemasangan braces, anda tidak perlu dengan prosedur yang dijalankan oleh doktor-doktor gigi kerana sudah pasti ianya mengikut prosedur yang betul dan anda juga akan dipastikan untuk melakukan check-up sebulan sekali bagi proses membersih dan menggantikan getah sebelumnya tetapi dengan pemakaian braces tiruan ianya tidak dinyah kumankan seperti rawatan di klinik-klinik yang bertauliah dan mungkin akan mengakibatkan pengumpulan kuman di mulut anda.

# TEMPOH PEMAKAIAN

BRACES ASLI : Tempoh pemakaian braces kebiasaannya bergantung kepada keadaan dan struktur gigi seseorang individu itu sendiri Pemakaiannya mungkin akan mengambil masa selama 2 hingga 3 tahun untuk memastikan struktur gigi akan benar-benar tersusun dan barulah doktor gigi akan memutuskan sama ada untuk menanggalkannya ataupun tidak.

BRACES TIRUAN : Lain pula dengan pemakaian braces tiruan ini yang hanya dipasang bagi masa 3 hingga 5 bulan sahaja. Selepas tamat sahaja tempoh masa tersebut, gam yang digunakan untuk melekatkan braces tiruan itu tidak akan dapat berfungsi dengan baik untuk melekatkannya semula.

#  HARGA DI PASARAN

Memang banyak perbezaan harga kedua-dua jenis braces ini tetapi apa yang pasti jika anda memilih untuk mendapatkan braces asli ialah keselamatan dan hasil yang anda akan dapat pasti akan membuat anda berasa berbaloi berhabisan ribuan ringgit untuk pendakap gigi asli. Terdapat dua cara untuk anda mendapatkan rawatan pemakaian braces ini sama ada anda pergi ke klinik gigi milik kerajaan atau klinik gigi swasta.

  • KLINIK GIGI KERAJAAN
BACA JUGA :   Salji di Rusia Bertukar Menjadi Warna Hitam. Luar Biasa.

Jika anda tidak tahu, klinik pergigian kerajaan juga menyediakan perkhidmatan permakaian braces kepada orang ramai. Kebiasaanya klinik pergigian kerajaan ini dipilih berbanding klinik pergigian swasta kerana kosnya yang murah. Bagaimana pun, anda harus menunggu giliran agak lama untuk memakai braces di sini kerana bilangan pesakit sangatlah ramai.

Perkhidmatan braces ini ditwarkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang berumur 18 tahun ke bawah kerana ianya merupakan golongan yang akan didahulukan untuk mendapatkan braces. Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas pula, saringan oleh Pakar Ortodontik akan dilakukan dan jika memang didapati anda harus mendapatkan rawatan pelbagai displin (multi discipline management) kes anda akan diberikan pertimbangan sama ada akan mendapatkan rawatan braces di klinik kerajaan.

Harga di klinik kerajaan dianggarkan sebanyak RM700 (tanpa pembedahan).

  • KLINIK SWASTA

Bagi harga braces di klinik swasta kebiasaannya akan mencecah ribuan ringgit. Kalau ingin dapatkan braces dengan cepat dengan hanya lawatan sebanyak sekali atau dua kali sahaja tanpa harus menunggu giliran dengan orang lain, klinik swasta lah tempat yang sesuai untuk anda dapatkan braces.

Di klinik swasta menawarkan kepada lebih banyak pilihan dan jenis braces yang anda boleh pilih daripada yang boleh nampak besinya ketika anda senyum sehinggalah yang tidak kelihatan besinya. Lain klinik, lain harga yang anda akan perolehi. Jadi sebelum anda memutuskan untuk melakukan rawatan braces di klinik pergigian swasta, anda dinasihatkan untuk melakukan survey dua atau tiga tempat berlainan untuk mendapatkan harga terbaik.

Ini antara harga jenis-jenis braces yang ditawarkan di klinik pergigian swasta :

  1. BRACES JENIS DAMON

Penggunaan braces jenis damon ini dikatakan lebih selesa kerana mempunyai pendakap gigi yang lebih kecil dan boleh memperbaiki gigi anda yang tidak tersusun kepada lebih teratur dengan lebih cepat serta mudah. Kebiasaannya jenis damon ini tidak memerlukan gigi untuk dicabut.

BRACES DAMON CLEAR : RM7,000 – RM 9,000

BRACES DAMON BETAL : RM6,000 – RM8, 000

BRACES DAMON Q METAL : RM6, 500 – RM8, 500

BRACES DAMON Q CLEAR : RM7, 500 – RM10, 000

 

  1. BRACES JENIS CERAMIC

Braces ini kami tidak syorkan kerana ianya merupakan braces yang mudah untuk rosak dan memerangkap kekotoran tetapi kelebihannya ialah ianya bersaiz lebih kecil berbanding jenis-jenis braces yang lain.

BRACES CERAMIC : RM6, 500 – RM8, 500

 

  1. BRACES JENIS LINGUAL

Ini merupakan jenis braces yang paling mahal sekali di antara jenis-jenis yang lain. Tetapi mengapa ianya begitu mahal sekali?

Anda akan berpuas hati dengan penggunaan braces jenis ini kerana pembetulan struktur gigi lebih berkesan walaupun pada permulaannya anda akan berasa tidak begitu selesa apabila memakainya. Jika anda jenis yang tidak mahu menunjuk kepada orang lain tentang pemakaian braces anda, braces jenis lingual inilah yang paling sesuai kerana braces ini tidak akan kelihatan di gigi anda!

BRACES LINGUAL : RM20, 000 – RM25, 000

 

  1. BRACES JENIS METAL
BACA JUGA :   Daulah Educonsult Bantu Pelajar Mencapai Impian Belajar Luar Negara

Braces metal ini berbentuk kepingan kecil yang dipasang pada gigi anda dengan menggunakan dawai khas. Braces ini tidak boleh ditanggalkan sehinggalah gigi anda benar-benar teratur kerana ianya merupakan braces jenis kekal.

BRACES METAL : RM4, 000 – RM5, 000

 

  1. BRACES JENIS INVISALIGN

Untuk hasil yang lebih cantik tanpa menampakkan braces anda, jenis Invisalign ini boleh dijadikan pilihan anda! Walaupun anda akan berhabisan ribuan ringgit, namun hasil gigi anda akan menjadi sangat cantik.

BRACES INVISALIGN : RM8, 000 – RM25, 000

 

  • HARGA BRACES FAKE

 Harga fake braces yang dijual ini lebih murah berbanding dengan braces asli yang terdapat di klinik- klinik berdaftar dan ianya berlainan harganya daripada mana sumber anda mencari fake braces ini sama ada di Instagram, Facebook atau laman web membeli belah yang lain seperti Shopee dan Lazada.

Tetapi apa yang pasti, anda boleh mendapatkan fake braces ini dengan harga bermula RM20 – RM150 sahaja.

# DOKTOR GIGI BERTAULIAH

Di sebabkan terlalu banyak kes pemakaian braces secara haram dilakukan oleh doktor-doktor yang tidak bertualiah ataupun ‘doktor Youtube’ yang mempelajari teknik memakai braces hanya melalui Youtube sahaja dan mengaplikasikannya kepada pelanggan-pelanggan mereka, kami menasihatkan anda yang benar-benar ingin menjadi doktor gigi supaya mendaftarkan diri dalam bidang perubatan supaya dapat menjadi doktor yang sah.

Anda berminat untuk menjadi doktor gigi? Ingin jadi doktor gigi yang bertauliah, dipercayai dan bukannya mempelajari teknik-teknik pemakaian braces dari Youtube? Masih mencari di manakah tempat yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian?

Kami mempunyai jawab untuk segala persoalan anda itu!

Jika anda ingin menjadi doktor gigi yang berdaftar dan dipercayai, kami boleh membantu anda untuk meralisasikan impian anda itu supaya bukan sahaja dapat mengejar impian anda bahkan juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit anda pada satu hari nanti dan memperoleh kepercayaan dari pesakit dengan rawatan yang ada berikan.

Kami anda cara untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor gigi yang cemerlang! Apa yang anda harus lakukan hanyalah memilih Daulah Educonsult Sdn Bhd untuk membantu anda mencapai impian itu! Bukan sahaja dapat belajar dalam bidang yang anda inginkan malah anda juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan Daulah Educonsult Sdn. Bhd.

# JADI DOKTOR BERTAULIAH DENGAN DAULAH EDUCONSULT SDN. BHD!

 

Usah anda ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda kerana Daulah Educonsult merupakan syarikat yang seratus peratus anda boleh percayai dengan universiti-universiti yang ditawarkan merupakan universiti-universiti ‘top’ di negaranya serta yuran pengajian yang murah!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk ke belajar ke luar negara lagi kerana jika anda memilih Daulah Educonsult sebagai agensi yang akan membantu anda menguruskan pembelajaran di luar negara, anda telah pun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan dengan seratus peratus pasti milik anda! Sesi konsultasi percuma turut disediakan!

BERMINAT?

Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here